Pilih parti dan pemimpin yang dapat menjamin & memartabatkan Islam : Najib
KUALA LUMPUR 19 Feb. – Datuk Seri Najib Tun Razak meminta umat Islam memilih kerajaan yang mampu menjamin, memelihara serta memartabatkan kesucian agama Islam pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
Perdana Menteri berkata, perkara tersebut perlu diambil perhatian serius oleh setiap umat Islam kerana hanya melalui kuasa politik sahaja yang mampu melindungi agama suci itu.
Sehubungan itu, menurut beliau, Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang jelas perjuangan mereka tidak menguntungkan kepentingan Islam, sebaliknya lebih memberi faedah kepada DAP.
‘‘Kesimpulannya juga mereka yang mengundi pakatan pembangkang (Pas dan PKR) bukan menguntungkan parti yang diundi tetapi memberi manfaat kepada parti yang tidur sebantal dengan mereka. Saya fikir para penulis maya boleh menterjemahkan apa yang saya maksudkan,’’ katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama Himpunan Ulama, Cendekiawan Islam dan Penulis Maya Kebangsaan 2012 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, semua pihak harus bersedia untuk menghadapi PRU-13 pada bila-bila masa.
‘‘Kita akan menghadapi PRU-13 pada bila-bila masa. Ada orang kata tidak lama lagi, macam-macam ramalan. Sebab itu, kita perlu beritahu kepada orang Islam pilih parti dan pemimpin yang dapat menjamin dan boleh memartabatkan kesucian agama Islam,’’ ujar beliau.

Tidak dilupakan juga bersalam dengan peserta Himpunan Penulis Maya Kebangsaan 2012
Bersalam dengan peserta Himpunan Ulama Kebangsaan 2012
Tidak ketingal bersalam dengan peserta Himpunan Cendekiawan Islam Kebangsaan 2012
... ikut nasihat Haji Najib... "kita perlu beritahu kepada orang Islam pilih parti dan pemimpin yang dapat menjamin dan boleh memartabatkan kesucian agama Islam". ... huhuhuhuhuhu
itu proses penyucian diri le
BalasPadam