PENGHINA NABI MUHAMMAD DITWITTER DITAHAN POLIS DI KLIA
Pihak polis telah menahan kolumnis akhbar Arab Saudi, Mohammad Najeeb A.Kashgari yang lebih dikenali sebagai Hamza Kashgari, 23,, di Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi kerana dilaporkan menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Kolumnis berkenaan dilaporkan telah mengeluarkan satu laporan yang menghina Islam melalui twitternya, yang menyebabkan kemarahan rakyat Arab Saudi.
Menurut laporan media Arab Saudi, Hamza mengeluarkan laporan itu pada hari sambutan Maulidur Rasul minggu lepas dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad SAW dan seolah-olah kedua-dua mereka adalah sama taraf.
Hamza turut menyatakan ada sifat Nabi Muhammad SAW yang disukai dan tidak disukainya.
Media negara itu melaporkan susulan laporan Hamza, sebanyak 30,000 entri twitter yang marah dengan laporannya dibuat dalam tempoh kurang 24 jam.

Ulasan
Catat Ulasan