PELAKSANAAN AUKU : PAS BAKAL PECAT MB KEDAH???
PAS menolak tanggapan dan spekulasi tentang kemungkinan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan turut dipecat, sebagaimana nasib Hasan Ali, berikutan keengganan beliau campur tangan dalam isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menegaskan PAS bukanlah satu parti yang akan memecat ahli sewenang-wenangnya, lagipun isu melibatkan Azizan dan Hasan jauh berbeza.
"PAS bukan satu parti yang mengamalkan budaya suka memecat ahli dan pemimpinnya. Itu mainan politik media arus perdana kerajaan, yang hanya melihat siri pemecatan dari PAS. Jadi, tidak mengamalkan budaya pecat orang, bukan menjadi amalan dan budaya suka pecat orang atau mengambil tindakan disiplin ke atas seseorang.
"Ia hanya dibuat pada waktu-waktu dan ketika yang cukup kritikal. Jadi saya rasa ini hanya mainan media untuk menggambarkan perkara-perkara negatif mengenai PAS," katanya dipetik Sinar Online.
Tambah Ahli Parlimen Kubang Kerian ini lagi, isu Azizan hanyalah menyentuh berkenaan teknikal, berkenaan pelaksanaan AUKU di KUIN, manakala Hasan Ali melibatkan penentangan dasar parti secara terbuka.
"Isu Hasan Ali melibatkan penentangan beliau terhadap parti dan dasar parti, dan menggunakan media musuh untuk menyerang parti. Jadi, saya rasa ia harus dibezakan.
"Datuk Azizan isu teknikal sahaja. Kita harus melihat dari perspektif yang berbeza daripada isu Datuk Hasan Ali," katanya lagi.

Memang la berbeza.Masalahnya MB ni panas baran cepat melenting akhirnya buat kenyataan masuk perangkap UMNO.
BalasPadammenteri besar ni nampaknya kurang bekeerjasama dengan pakatan takyat dan dia rasa dia yang terbaik, dia adaik beradik dengan hasan kayu jati jugak le, seharusnya diambil tindakan awal sebelum keadaan lebih keroh
BalasPadamgua sokong lu 1133
BalasPadam