NAK SUBSIDI? LETAK LOGO 1 MALAYSIA... GILER APE!!!

Tak lama lagi kena letak logo 1Malaysia kat dahi. Ini yang membuatkan orang semakin menyampah dengan gagasan 1Malaysia yang entah ke apa bendanye.....
Pengusaha tiga barangan kawalan - tepung, gula dan minyak masak - diwajib memaparkan logo 1Malaysia pada pakej produk-produk yang dijual bermula bulan ini, jika mereka mahu terus menikmati subsidi kerajaan.
Bagaimanapun, menurut beberapa akhbar-akhbar Cina, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe dipetik berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan bagi memberi pengeluar lebih banyak masa untuk mematuhi peraturan berkenaan.
Dasar baru itu pertama kali diumumkan oleh Tan di Taiping pada 10 Februari lalu.
Sebelum ini, pengeluar tepung juga diminta oleh kerajaan untuk menggunakan logo 1Malaysia pada bungkusan mereka mulai Januari tahun ini, tetapi ia tidak diwajibkan.
Bagaimanapun, mulai bulan ini, arahan memaparkan logo 1Malaysia akan diwajibkan dan juga dilanjutkan kepada dua lagi barangan terkawal lain, iaitu gula dan minyak masak.
Jika pengilang gagal berbuat demikian, mereka tidak lagi dapat menikmati subsidi daripada kerajaan.
Menurut sumber industri yang dipetik akhbar China Press, kerajaan juga telah menetapkan spesifikasi bagi pembungkusan barangan berkenaan.
Ini termasuk logo, yang mesti bersaiz sekurang-kurangnya 4cm dan dicetak dengan ketara. Ia juga diwajibkan mengandungi perkataan "harga minyak masak ini (atau produk berkenaan) di subsidi oleh kerajaan Malaysia".
Sesetengah pengusaha telah menyatakan rasa tidak puas hati kepada akhbar-akhbar Cina. Mereka mendakwa bahawa arahan itu "tergesa-gesa" dan mereka memerlukan lebih banyak masa untuk mematuhinya.

Ulasan

  1. ya umat nabi muhammad (saw) ALLAH(swt) itu lah pemberi rezki FIRAUN la ni & aku !

    BalasPadam
  2. nak minta bantuan zakat negeri selangor pun kena baca buku jingga dulu..ada beza ke????

    BalasPadam
  3. betul tu, nak minta bantuan zakat di seluruh negeri di bawah pembangkang, kena mengaku ahli pas dan ahli pkr baru dapat..kalau tak jangan haraplah nak dapat..siap cakap duit zakat ni PAS dan PKR yang punya..kalau tak caye..g lah tanya tok sidang yg dilantik oleh pembangkang tu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular