MURSYIDUL AM RESTUI SALAHUDDIN AYUB KE JOHOR

KUALA LUMPUR, 9 Feb - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia melepaskan naib presiden parti itu, Salahuddin Ayub sekiranya PAS Johor memerlukan pengalaman beliau di negeri berkenaan.
Sehubungan itu, kata Nik Aziz, pucuk kepimpinan parti sedia memberi laluan kepada Salahuddin untuk bertanding di negeri kelahirannya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Saya sedia lepaskan dia (Salahuddin) bertanding di sana (Johor), jika PAS Johor betul-betul perlukan khidmatnya,” katanya kepada pemberita di Kota Baru.

Menteri Besar Kelantan ini mengulas hasrat Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed mahu menarik Salahuddin bertanding di negeri itu.

Selain itu, Nik Aziz juga berharap dengan perpindahan Ahli Parlimen Kubang Kerian itu dapat mengukuhkan lagi kedudukan Pakatan Rakyat di negeri yang dikuasai Umno-Barisan Nasional (BN).

Ulasan

Catatan Popular