LAPORAN POLIS BUAT MAT SAID YANG CELUPAR

Dewan Pemuda PAS hari ini dengan diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi berkaitan kenyataan yang berbau fitnah oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said di dalam akhbar Berita Harian pada hari Khamis, 9 Febuari 2012 dalam ruangan Nasional pada halaman 10 yang menyatakan PAS "Parti Ajaran Sesat".
"Kenyataan tersebut jelas berbaur fitnah dan tidak benar", kata beliau ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri besar Terengganu itu.
Selain ianya disifatkan berniat jahat, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga turut merasakan kenyataan tersebut mampu mengundang provokasi, hasutan, perpecahan di kalangan masyarakat, rusuhan rakyat serta kehilangan kepercayaan di kalangan ahli dan bukan ahli PAS kepada PAS kerana kenyataan tersebut menjurus kepada kerosakan aqidah dan sensitiviti umat Islam di negara ini.
"PAS sebagai sebuah parti politik yang berdaftar dengan sah di bawah undang-undang negara sejak lebih 50 tahun dan menjadi Kerajaan di beberapa buah negeri, kenyataan Datuk Seri Ahmad Said ini sangat tidak berasas dan langsung tidak bertanggungjawab", luah Ustaz Nasrudin Hassan selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia kesal.
Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa agar siasatan dan tindakan undang-undang diambil terhadap Datuk Seri Ahmad Said, Berita Harian serta pihak-pihak lain yang terlibat dalam mengeluar, mencetak, menerbit dan mengedarkan kenyataan fitnah tersebut. "Saya percaya kenyataan fitnah jahat seperti in merupakan satu kesalahan yang jelas dan nyata di sisi undang-undang negara dan tindakan perlu diambil dengan segera oleh pihak Polis", tambah beliau lagi.

... muluk mak saek doh macang patak kholi....

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular