KECUT TELOQ NAJIB DIBUATNYA NAK JAWAB ISU NFC

Najib Razak sepatutnya menjelaskan mengapa anak syarikat FELDA yang berpengelaman 11 tahun dalam penternakan lembu terlepas pandang semasa projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) diberikan kepada dua syarikat pada 2008, kata pemimpin PKR hari ini.
Projek bernilai RM250 juta diberikan kepada syarikat milik keluarga atuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Agro Science Industries Sdn Bhd dan Lambert Sdn Bhd.
“Jawatankuasa pemilihan syarikat bagi NFC dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak. Beliau harus menjelaskan bagaimana beliau bercakap soal perjuangan kepada FELDA mengenai penyenaraian tetapi tidak memberikan projek yang boleh menguntungkan peneroka,” kata Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, merujuk Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan di bawah jabatan perdana menteri.
Beliau berkata “FELDA mempunyai tanah dan mereka memerlukan nilai tambah ke atas operasi mereka sehingga mereka sering berkata tentang kejayaan memelihara lebih 30 ekor lembu,” satu rujukan kepada NFC yang mensasarkan 8,000 ekor lembu.

Ulasan

Catatan Popular