JADUAL ISRAEL ZIM EUROPE DI WEST POST 22 FEB


Sebuah Kapal Kargo Israel Zim Europa dijadualkan akan berlabuh di Perlabuhan Klang (West Port) pada 22 Feb 2012 (Rabu) sekitar jam 5.00 petang. Kerajaan Israel-Zionis adalah pemegang 98 peratus saham Zim Integrated Shipping Services Ltd.


Justeru, Dewan Pemuda PAS Malaysia menerusi ketuanya Ustaz Nasrudin Hassan menjemput semua rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik yang prihatin dengan isu-isu kekejaman Israel untuk turut hadir beramai-ramai bagi menyatakan tindakan tegas kita terhadap Israel dan kerajaan yang mengiktiraf Israel untuk bersama-sama "Himpunan Aman" bagi membantah kemasukan Kapal Kargo Israel Zim Europa ke Perlabuhan Klang. Turut sama Jingga 13, AMK Dan NGO. Himpunan akan diadakan di hadapan pintu masuk Westports.

Selain itu, beliau juga meminta agar semua pihak dapat menyebarkan maklumat ini sebagai tanda bantahan kita dan juga usahakan kita untuk meramaikan lagi peserta himpunan tersebut.

Ulasan

Catatan Popular