INI BARU BETUL... BAYAR RM100 HANYA NAK DENGAR KULIAH UST AZHAR...
AMPANG, 26 Feb:  Walaupun terpaksa membayar RM100 setiap seorang, lebih 500 anak-anak  Terengganu yang tinggal di Lembah Klang menyertai majlis berkongsi ilmu  dengan pendakwah selebriti yang menjadi ikon anak muda, Ustaz Azhar  Idrus yang diadakan di Hotel De Palma Ampang, dekat sini, hari ini.Malam  tadi, lebih 10,000 orang ramai memenuhi Masjid Bandar Tasik Puteri,  Rawang untuk mendengar kuliah dan soaljawab bersama beliau.
Malam ini pula, Ustaz Azhar akan bersama penduduk Klang pula apabila beliau akan memberikan kuliah di sebuah masjid di sana.
Inilah fenomena biasa yang berlaku kepada pendakwah yang kini sudah menjadi selebriti ini.
Program  di hotel De Palma yang bermula dari jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang  itu dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu untuk mengumpul  dana bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang akan diadakan  tidak lama lagi. 
Sempena  program itu, beberapa orang peserta tidak melepaskan peluang bertanya  beberapa soalan secara langsung kepada Ustaz Azhar untuk mendapatkan  penjelasan mengenai pelbagai perkara dari segi hukum dalam Islam. 
Selain  itu, beberapa soalan turut dikemukakan oleh mereka menerusi Naib Ketua  Dewan Pemuda PAS Terengganu, Kamarulzaman Abdullah selaku pengerusi sesi  soal jawab bersama Ustaz Azhar yang bermula dari jam 10.30 pagi. 
Kesemua  soalan yang dikemukakan oleh mereka dijawab dengan terperinci oleh  Ustaz Azhar berdasarkan dalil aqli dan naqli menepati ketetapan dalam  Islam untuk dijadikan panduan para peserta. 
Walaupun  tidak kesemua peserta berpeluang mengemukakan soalan disebabkan  kesuntukan masa, namun kesemua soalan yang dikemukakan dan sempat  dijawab oleh Ustaz Azhar tetap mampu memberikan kepuasan kepada para  peserta kerana ia turut merangkumi pelbagai aspek.  
Sementara  itu, Kamarulzaman ketika mempengerusikan sesi soal jawab berkata,  beliau bagi pihak penganjur amat berbesar hati kerana dapat mengadakan  majlis tersebut. 
Disebabkan  kesuntukan masa dengan jadual aktiviti dakwah Ustaz Azhar yang ketat,  Dewan Pemuda PAS Terengganu hanya diberikan masa selama seminggu oleh  pendakwah tersebut untuk mengadakan program itu.   
"Dengan  masa yang sedemikian singkat menyebabkan persediaan majlis itu tidak  dapat diadakan dengan betul-betul sempurna oleh pihak penganjur terutama  dari segi publisitinya.
 (Sebahagian orang ramai yang menyertai majlis ilmu bersama Ustaz Azhar Idrus di De Palma, Ampang)
"Tetapi  saya sangat teruja dengan aura Ustaz Azhar yang boleh menarik  kedatangan peserta sebanyak ini sehingga di luar jangkaan pihak  penganjur sendiri," katanya.
Selesai  majlis, para peserta yang hadir turut mengambil peluang untuk bergambar  bersama-sama Ustaz Azhar yang tetap bersedia memenuhi harapan orang  ramai, walaupun ternyata amat keletihan disebabkan jadual dakwahnya yang  begitu padat setiap hari.   
Antara  yang hadir pada majlis yang dipengerusikan oleh AJK Dewan Pemuda PAS  Terengganu, Ustaz Khalil Abdul Hadi itu termasuklah Ketua Penerangan  Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohamad Nor, Bendahari Dewan Pemuda  PAS Malaysia, Mohd Adram Musa dan Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu yang  juga Adun Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah. 
Pada  majlis tersebut turut diadakan jualan buku yang bertajuk "Ustaz Azhar  Idrus Daie Sejuta Ummat" yang ditulis oleh Riduan Mohamad Nor yang juga  mendapat sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai.


Ulasan
Catat Ulasan