"HASAN SESUAI DENGAN NGO DARI PAS"... INI AKU SETUJU DENGAN HARUSSANI

Tan Sri Harussani Zakaria percaya bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali enggan merayu kepada Majlis Syura Ulama berhubung pemecatannya pada 8 Januari lalu kerana kecewa tidak dapat memperjuangkan prinsip Islam sebenar dalam parti berteraskan agama Islam itu.


Justeru kata Mufti Perak (gambar) ini, daripada kekal dalam PAS adalah lebih baik Hasan, bekas exco kerajaan negeri Selangor memperjuangkan prinsip Islam melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak melibatkan parti politik.

“Beliau (Hasan) sudah dipecat daripada PAS, kalau buat rayuan kemungkinan untuk diterima semula itu sukar...jadi daripada merayu lebih baik Hasan bergerak sendiri dan tubuhkan NGO yang dapat dijadikan platform perjuangan beliau.

“Selepas dipecat beliau mahu menubuhkan NGO untuk terus memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu...jadi beliau perlu serius untuk menegakkan Islam, jangan libatkan parti politik,” katanya.

... sebab PAS pun tak sesuai dengan orang yang takde hala tuju...

Ulasan

Catatan Popular