HASAN AKAN BEKERJASAMA DENGAN PARKASA PERJUANG IMR?

Kemungkinan Hasan Ali akan bekerjasama dengan pemimpin Perkasa dibawah pimpinan Ibrahim Ali yang dilihatnya  masih setia memperjuangkan konsep IMR (Islam, Melayu, Raja) setelah menolak pelawaan perwakilan negeri Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) untuk bekerjasama berikutan terdapatnya perbezaan matlamat antara dirinya dan perjuangan parti tersebut.

Hasan berkata, matlamat beliau memperjuangkan agama Islam, masyarakat Melayu, dan institusi Raja berbeza dengan matlamat penubuhan Kita yang diasaskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim.

"Matlamat saya adalah IMR, sedangkan matlamat KITA adalah berbeza, jadi saya rasa biarlah Kita teruskan dengan perjuangan mereka," katanya yang turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang selari dengan perjuangannya untuk bersama-sama memantapkan prinsip IMR tersebut.

"Siapa sahaja yang bawa prinsip IMR, saya alu-alukan mereka untuk bekerjasama," tambahnya.

(gambar terakhir Hasan Ali bersama pimpinan tertinggi PAS di JKR 10, Kota Bahru sebelum dia mengoyan tak tentu hala sekarang ini...huhuhuhuhuhu)


Ulasan

  1. aku ada dengar berita dalaman dari MAIS hasssan ali mengunakan pentas fitnah sekarang dengan bantuan kewangan dari MAIS. ada member2 dekat MAIS atau JAIS tolong confirmkan.

    BalasPadam
  2. hasan sudah jaga lembu,sian...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular