8 Feb 2012

Gambar Seks Mirip Anwar Ibrahim Tersiar Di Majalah Porno Jepun
abu nu'man8 Feb 2012 2 Komentar

Dikatakan sebuah majalah porno di Jepun, BUBKA, menyiarkan gambar ‘Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasangan seksnya’ di dalam majalah mereka.

Gambar-gambar tersebut dikatakan dipetik daripada rakaman video seks individu yang didakwa mirip ketua pembangkang itu .

Sebelum ini, trio ‘Datuk T’ iaitu ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Shuib Lazim mengaku salah di Mahkamah Majistret terhadap pertuduhan menayangkan secara terbuka rakaman video seks tersebut.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik juga mengaku salah pertuduhan bersubahat dengan Shazryl Eskay dan Shuib menayangkan video berkenaan.

Pendedahan rakaman aksi seks 19 minit itu menjadi heboh dan menimbulkan tanda tanya banyak pihak selepas laporan mengenainya disiarkan beberapa laman web.

Rakaman itu ditayangkan kepada wartawan dan pengarang media menggunakan komputer meja di sebuah bilik di Carcosa Seri Negara.

Untuk rekod, Anwar pada sidang medianya tidak lama selepas itu mendakwa video itu adalah konspirasi jahat menggunakan teknologi canggih oleh pihak tertentu bagi memfitnah dia dan keluarga bagi menghancurkan karier politiknya.

“Ia berniat jahat untuk membantut karier politik saya dan pakatan.

“Gambar itu dikatakan mirip saya, namun perut orang itu lebih buncit berbanding perut saya,” kata Anwar.

Anwar juga mendakwa, pada masa dan tarikh rakaman itu dia berada di kediamannya bersama isteri, anak dan cucunya.

 
Sape-sape yang boleh terjemah apa benda yang ditulis pada majalah tersebut?

In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

2 ulasan:

  1. Saya baca cuma isu godaman wikileaks sahaja. Tak ada sebut pun Anwar.

    BalasPadam
  2. x pengarah filem jebon8 Februari 2012 5:47 PTG

    ok ape sekurang2nye brtmbh besar La dosa mereka& brtmbh La kebencian pengundi kpd UMporNO !

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.