DATARAN REKREASI TARIKAN BARU DI KAJANG
Dataran Kajang bakal menjadi sebuah pusat rekreasi baru untuk penduduk setempat berikutan kedudukannya yang strategik selain mampu menarik pelancong untuk datang ke situ.
Dengan keluasan dua hektar, dataran yang dulunya stadium itu bakal dilengkapi taman integrasi permainan kanak-kanak, trek, padang bola sepak dan gimnasium.
“Ia akan dibuka 24 jam dan semua peringkat umur boleh datang dan menggunakan kemudahan ini.
“Kami memilih lokasi ini kerana kedudukannya strategik dan terletak di tengah pusat bandar selain dekat dengan medan sate Kajang,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan dataran itu, di sini, baru-baru ini.
Dengan keluasan dua hektar, dataran yang dulunya stadium itu bakal dilengkapi taman integrasi permainan kanak-kanak, trek, padang bola sepak dan gimnasium.
Cadangan asal projek itu ialah membuka tembok sedia ada dan menambah baik fungsi stadium yang terhad untuk aktiviti bola sepak dan acara trek padang, bagaimanapun atas cetusan idea Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Datuk Hasan Nawawi Abd Rahman ia juga dijadikan kawasan rekreasi, namun struktur asalnya tidak diubah.
Kerja pengubahsuaian stadium berusia 35 tahun membabitkan kos RM2 juta itu bermula dua tahun lalu membabitkan tiga fasa dan kini ia memasuki fasa terakhir dan dijangka siap hujung tahun ini.
Hasan Nawawi berkata, semua kemudahan itu percuma kecuali padang untuk permainan bola sepak dikenakan bayaran RM150 bagi siang dan RM400 bagi malam kerana MPKj perlu menyelenggara rumput selain penggunaan lampu limpah.
“Kami memilih lokasi ini kerana kedudukannya strategik dan terletak di tengah pusat bandar selain dekat dengan medan sate Kajang,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan dataran itu, di sini, baru-baru ini.
come anokmu,amirul &najwa
BalasPadamnazihah mano
BalasPadamtaniah pr
BalasPadamtolong bukak fb aku.
BalasPadam