AIR MATA ANAK INI MENGALIR SEBAIK HEMBUSAN NAFAS TERAKHIRNYA ... AL-FATIHAH

Sebelum ini ana ada  mem'post' berita berkenaan dengan adik Faris Nur Daniel, 6 tahun yang menghidap pengakit HLH atau barah darah. Allah lebih sayangkannya .... adik comel ini telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 10.05 pagi tadi.

Takziah Sham, Zuraine dan ahli keluarga.

Ternyata Allah lebih sayangkan Faris Nur Daniel, di syurgalah tempat anak itu, InsyaAllah.

Antara dialog  Allahyarham dan ayahnya 2 hari lalu...
Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam

 Perhatikan titisan airmata jernih mengalir di pipi Faris semalam....Melihat airmata bergenang di bawah kelopak matanya, saya dapat menjangkakan anak kecil itu berada dalam kesakitan dan ketakutan teramat. Lebih malang, dalam keadaan sebegitu, dia barangkali tidak berupaya untuk meluahkan derita ditempuhnya.

 Namun Allah lebih sayangkannya...

Kata Puan Zuraine, ibu Allahyarham, "Pada mulanya, kami memang terasa berat untuk melepaskan dia tetapi akhirnya reda dengan ketentuan Allah. Faris pun barangkali berada dalam keadaan sama. Sebaik dia menutup mata, airmata kelihatan mengalir di pipinya," .
Al-Fatihah.... syurga buatmu...

Nota : Jenazah kini berada di Jalan Pulut Lumur, U10/76J, Alam Budiman, Seksyen U10, Shah Alam, Selangor dan akan dikebumikan selepas waktu Asar hari ini. Kisah Faris bakal dipaparkan dalam program Malaysia Hari Ini, MHI, esok.

www.mazidulakmal.com



Ulasan

  1. tersangat hibaaa ...takziah utk keluarga... alfatihah buatmu ahli syurga

    BalasPadam
  2. takziah buat keluarga. allahyarham sakit apa ya.

    BalasPadam
  3. takziah buat keluarga faris, namun anda beruntung kerana faris akan menunggu kamu di syurga.

    BalasPadam
  4. Allah lebih menyanyanginya...kesenangan menunggu kamu berdua di 'sana' wahai ibubapa faris.....

    BalasPadam
  5. Sesungguhnya segala yg kita sayangi adalah pinjaman Allah semata...Dia berhak meminjamkan sesuatu kpd kita dan Dia juga berhak utk mengambilnya kembali...urusan kita hanyalah redho diatas setiap sesuatu yg berlaku krn yakinlah adanya hikmah disana.

    sya juga menitiskan airmata membaca kisah ini apatah ibubapa anak kecil ini yg sebenarnya sedang tersenyum menyaksikan ketabahan ibubapanya dari syurga. Allahu alam bissowab

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular