BABI...LAGI BABI.... DI MASJID SENTUL

Kepala babi yang dibungkus dengan plastik disedari oleh seorang tukang sapu yang sekitar jam 7.30 pagi tadi. Ia diletakkan di depan pagar utama kawasan masjid Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur.

Kehadiran bungkusan itu disedari kira-kira jam 11 malam tadi oleh bilal masjid yang awalnya menyangkakannya sampah selepas ia menghalang pagar daripada ditutup.

Dalam plastik berkenaan terdapat kaki, kepala, kulit dan beberapa anggota badan babi.

Untuk rekod, dua tiga hari lepas, satu kepala babi juga ditemui di pintu masuk masjid.

Masjid yang dimaksudkan ialah Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor. Kejadian yang dilaporkan seawal jam lima pagi itu hanya disedari apabila ahli jawatankuasa masjid membuka pintu pagar utama. Pihak polis bagaimana pun tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi.




Ulasan

  1. Yang peliknya dikubu parti pakatan rakyat ada pula orang sabotaj letak babi , ini sudah tentu kerja gila orang umno bn punya kerja agaknya kan kan kan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular