ANGKARA KHIANAT!!! RUMAH & KERETA PESURUHJAYA PAS JOHOR DIBAKAR

GELANG PATAH - Rumah teres dua tingkat Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dzulkifly Ahmad di sini, dibakar dan salah satu kereta miliknya rosak teruk, dipercayai akibat perbuatan khianat awal pagi tadi.
Bagaimanapun Zulkifli bersama isteri dan dua anaknya selamat dengan bertindak keluar menerusi pintu belakang rumah mereka di Taman Universiti di sini.
Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3.40 pagi tadi.
"Kereta dalam garaj dipercayai disimbah minyak meletup. Api marak ke ruang tamu, dan letupan menyebabkan keluarga beliau sedar dan bertindak keluar.
"Beliau (Zulkifli) ahli keluarga sempat keluar ikut pintu belakang. Anggota polis dan unit forensik ada menemui botol minyak tanah lima liter di kawasan rumah Haji Zulkifli," kata Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Mazlan Aliman ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Mazlan yang berada di tempat kejadian ketika dihubungi berkata, pihaknya percaya ia perbuatan khianat pihak-pihak tertentu.
"Haji Zulkifli akan membuat laporan polis pagi ini," katanya lagi.
 
Mazlan memberitahu, beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah cubaan membunuh.


Dzulkefly sebelum ini, tambah Mazlan, banyak mendedahkan isu-isu panas di negeri Johor dan dikhuatiri ada pihak yang tidak senang dengan tindakan beliau.

Dalam pada itu, Zulkifly ketika dihubungi berkata, bahagian depan rumah dan ruang tetamu rosak teruk dalam kejadian awal pagi ini.

"Saya sedar rumah saya terbakar selepas terdengar letupan kuat. Kereta BMW saya rosak sama sekali dan satu lagi kereta rosak sebahagian. Api marak ke ruang tamu, memaksa kami keluar ikut jalan belakang," katanya yang turut mengesahkan ada menemui bekas minyak.

"Ini kali pertama saya alami kejadian ini. Kami ada temui bekas minyak," katanya sama ada beliau percaya ia akibat perbuatan khianat.

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira jam 3.40 pagi sewaktu beliau dengan enam anggota keluarganya sedang nyenyak tidur di tingkat atas rumahnya.

Kata beliau, pihak bomba berjaya memadamkan api daripada terus marak.

Ulasan

Catatan Popular