AlFatihah DJ RAZAK IKIM

Pengacara IKIM Meninggal Dunia
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.. Takziah saya ucapkan kepada keluarga salah seorang pengacara radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Pengacara yang popular dengan nama DJ Razak itu, meninggal dunia pagi tadi kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya. Nama penuh DJ Razak ialah Abdul Razak Arbain, 46. Arwah yang merupakan bekas anggota tentera itu dikatakan terlibat dengan kemalangan tersebut pada pukul 7.15 pagi selepas ingin pulang daripada menghantar anaknya ke sekolah. Kejadian berlaku di Taman Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Bukit Jalil. Allahyarham cukup disenangi oleh para pendengar radio, dan rakan sekerja terutama peminat segmen kendaliannya iaitu slot ‘Dini Hari’ bermula jam 2 petang sehingga 6 petang. Allahyarham meninggalkan seorang balu,Rosnani Binti Haji Dali dan tiga orang anak yang berusia antara 10 dan 19 tahun. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg. Bohol, Kinrara, Puchong, selepas solat Zohor tadi. Allahyarham bertembung motosikal yang ditunggangi dengan motosikal rakan "Chedet" saudara Ab Rahman Zamri yang sedang kritikal di wad ICU Hospital Serdang Sekarang. Sdr Ab Rahman merupakan bekas anggota No 10 Sqn, Tentera Udara Diraja Malaysia , pernah bertugas bersama saya lebih 8 tahun. Sekarang beliau bertugas sebagai Mekanik kapal terbang di Line Maintenance 11, Komplek A ,Malaysian Airline System Subang. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham Abdul Razak Arbain.. Al-Fatihah.

Ulasan

  1. tak sangka lak kawan sama kerja dulu dgn husband saya yang kemalangan ni, TUDM yg sama

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular