30 Jan 2012

USTAZ NASA BUAT LAPORAN POLIS
abu nu'man30 Jan 2012 2 Komentar

(poster yang meletakkan wajah Ust. Nasarudin)

Ustaz Nasharudin Mat Isa telah membuat laporan polis semalam berikutan penggunaan gambar beliau pada poster dan banner satu program ceramah politik pada 31 Januari 2012 (Selasa) yang dianjurkan Persatuan Perajurit Daerah Hulu Langat (bila masa perajurit ada persatuan kawasan? ) yang turut menampilkan Dr. Hasan Ali sebagai penceramah utama. Ceramah tersebut difahamkan akan diadakan di Balai Pahlawan, BB Bangi. Walaupun nama Ustaz Nasha tidak dibariskan dalam para penceramah pada malam itu nanti, namun penggunaan gambar beliau telah mengundang cakap-cakap yang beliau akan turut sama hadir pada malam tersebut.


Ustaz Nasa menegaskan akan terus bersama PAS. Kita hargai usaha Ustaz Nasa dalam membersihkan nama beliau daripada dikaitkan dengan program ceramah yang bertujuan menyediakan platfom kepada Hasan Ali untuk membelasah PAS dan Pakatan Rakyat.

Namum, sekiranya bukan kerana kelakuan Ustaz Nasa sejak akhir-akhir ini termasuk hadir ke rumah Hasan Ali ketika beliau dipecat serta memberikan pula beberapa komen selepas itu pastilah menjadi senjata kepada musuh untuk melaga-lagakan Ustaz dengan pimpinan PAS.

Justeru buat Ustaz Nasa sekiranya anta masih sayangkan PA, berhati-hatilah dalam segala tindak tanduk dan tutur kata anta! Ini merupakan satu pengajaran, tiada angin masakan pohon bergoyang!
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

2 ulasan:

  1. Ketua Parsit dlm PAS sebenarnya Hassan Ali. Tapi dia tak nak ngaku dan salahkan orang lain pulak. Dialah orang yg merancang Kerajaan Perpaduan. Beliau merancang selepas bertemu Mufti Perak Datuk Kharussani dan cuba mempengaruhi pemimpin2 pas.
    Dgn keangkuhan beliau, memang layaklah bliau di singkirkan dpd PAS. Beliau bukan sahaja akan merossakn PAS malah perikatan dalam PR.

    Lihatlah betapa BENCInya beliau pada beberapa pemimpin PAS dan DSAI.
    Lihatlah betapa JAHATknya beliau menuduh PAS sudah hilang arah.
    Lihat betapa dengkinya beliau menuduh pemimpin2 PAS yg berpendidikan sekular sebagai parasit sedangkan beliaulah PARASIT sebenarnya.

    BalasPadam
  2. sebenarnya dia sedang melucuttkan pakaiannye sendiri...

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.