30 Jan 2012

Umno/BN kalau nak tawan Kelantan kena ikut cakap Ibrahim Ali
chedet30 Jan 2012 0 Komentar

Oleh: anaabdullah

"Pada saya perdana menteri 1 Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak kena dengar cakap Ibrahim Ali. Kalau benar benar berhasrat hendak lawan Kelantan,sekali lagi saya katakana umno/BN kena ikut cakap Ibrahim Ali. Perkara ini pernah disebut Ibrahim Ali calon yang akan diletak bertanding pada musim pilihanraya umum ke 13 nanti mestilah calon yang dilihat bersih.

Hal ini pernah juga disebut sebut oleh perdana menteri 1 malaysia iaitu calon umno/BN kali ini mestilah boleh menang. Calon boleh menang yang dimaksudkan oleh Mohd Najib Razak itu tidak lain dan tidak bukan ialah calon yang dilihat bersih sepertimana disebut oleh Ibrahim Ali itu. Lihat Ibrahim Ali. Dia dilihat sebagai calon yang bersih. Sebab itu dia boleh menang bertanding ahli parlimen Pasir Mas musim pilihanraya umum ke 12 dulu (2008). Semasa berada Dalam umno dulu Ibrahim Ali dilihat tidak bersih. Sebab itu ia kalah pada calon PAS ketika bertanding di Parlimen Pasir Mas. Bukan setakat itu saja malahan beliau sangat kotor dan buruk sehingga umno memecatnya.

Nasib baik Nik Aziz ambil dan membersihkan kotor dan buruk yang ada pada dirinya dengan menggunakan colorap ciptaan PAS. Tidak lama kemudian Ibrahim Ali buat hal dan dianggap sesetengah pucuk kepimpinan PAS sebagai katak. Ibrahim Ali setuju jenama itu lantas berkata dia adalah “katak emas” yang masih ada harga diri dan mahal nilainya. Atas sebab itu saya sarankan umno/BN kena ikut cakap Ibrahim Ali jika nak tawan Kelantan. Calon yang dilhat bersih hari ini salah seorang daripadanya ialah Ibrahim Ali sendiri yang masih dilihat bersih. Lebih lebih lagi beliau kini presiden PERKASA yang hala tujunya ialah memperjuangkan hak melayu di Negara 1 malaysia ini. Setakat hari ini saya tak nampak ada orang lain yang dilihat bersih selain diri Ibrahim Ali. Oleh itu ia sangat layak jadi calon tajaan umno/BN.

Calon calon umno/BN yang akan diletak bertanding dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti kena belajar dan berguru dengan Ibrahim Ali macam mana nak jadi calon yang dilihat bersih. Kalau dulu calon yang dilihat bersih oleh Tun Mahathir mereka yang sujud dan mencium tangannya. Tun Abdullah Ahmad Badawi besar kemungkinan berbuat demikian, sebab itu pilihanraya umum ke 12 BN kalah teruk dan menafikan 2/3. Kali ini gelaran Mohd Najib Razak pula.Kalau nak tawan Kelantan kata Ibrahim Ali kena letak calon yang dilihat bersih. Jadi untuk Umno/BN nak menang mudah dalam musim pilihanraya umum ke 13 nanti kenalah letak calon yang dilihat bersih. Kebanyakan rakyat berminat dengan calon yang dilihat bersih miskipun bertindak macam dajjal.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.