SURAT TUNJUK SEBAB BUAT HASAN SEJAK 29/10/2009 LAGI...

Punye la baik PAS memberi lebih 2 tahun kepada Hasan Ali untuk memperbaiki kesilapannya sejak dari keputusan mesyuarat khas jawatankuasa pusat PAS pada 28 Oktober 2009  sehingga tarikh dia dipecat secara rasminya pada minggu lalu 8 Januari 2012.

KUALA LUMPUR, 8/11/2009 - Pengerusi jawatankuasa disiplin Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini dilaporkan berkata surat tunjuk sebab itu telah dihantar kepada Dr Hasan dan beberapa lagi pemimpin.


Keputusan menyiasat PAS Selangor dicapai dalam mesyuarat khas jawatankuasa pusat PAS pada 28 Oktober 2009 lalu yang diadakan susulan desakan Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar muktamar khas dipanggil bagi membincang "beberapa kerat pemimpin bermasalah", termasuk Dr Hasan.

Jika didapati bersalah, Dr Hasan boleh dikenakan tindakan penggantungan keahliannya dalam PAS atau dipecat daripada parti itu, Tuan Ibrahim dipetik sebagai berkata.

Beberapa kenyataan pemimpin PAS Selangor itu, yang dianggap tidak selari dengan kepentingan kerajaan Pakatan Rakyat negeri, diungkit semula baru-baru ini susulan kemerosotan undi parti pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.



..dah tue still nak salahkan orang lagi ke?????

Ulasan

  1. kita dedahkan lagi kepincangan hassan ali, adakah kita merasa bangga, tidak kah ini memberi peluru pada musuh PAS untuk menembak kita. kalau kita diam, maka hassan ali tiada peluang untuk menyerang kembali, berdiam itu lebih baik untuk meredakan keadaan.

    BalasPadam
  2. "Pengerusi jawatankuasa disiplin Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man hari ini dilaporkan berkata surat tunjuk sebab itu telah dihantar kepada Dr Hasan dan beberapa lagi pemimpin." - ni termasuk Nasha...penyokong kuat hassang ali..tapi masih tak ubah kelaku tu..percayalaa salah seorg perasit tu ialah mustafa ali..

    BalasPadam
  3. tu yg aku takut nak masuk politik ni, masa baik semua wangi, bila dah tak baik hal2 dlm kain pun boleh terbongkar.
    harap hasan(antibiotik) round satu malaysia ceritalah keburukan pas, bunuh, racun lah parasit2 tu, dengan harapan PM tertarik hati cerita antibiotik ni,boleh bagi satu kerusi pru13. tp jgn kat gombak, lobi lah tmpt2 selamat. kalu di gombak comfirm antibiotik ni akn bernafas dlm lumpur.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular