SIAPA SHAM KAMIKAZE???

Siapa Sham Kamikaze?


Ok. Saya tahu pasti ada yang tidak kenal dengan Sham Kamikaze. Sebab saya pun tidak pernah kenal siapa Sham dan siapa pula Kamikaze satu ketika dahulu.

Tetapi hari ini saya sudah kenal walaupun bukan dalam jarak yang dekat. Beliau adalah salah seorang yang terpilih sebagai pemusnah tembok keangkuhan. (",)

Sedikit tentang beliau. Sham Kamikaze merupakan pemain gitar utama kumpulan Kamikaze dan pernah menghasilkan sebuah album berjudul Kontroversi. Pada peringkat Anugerah Industri Muzik, Sham pernah mencapai pengiktirafan yang diidamkan apabila album Kontroversi memenangi Anugerah Album Rock Terbaik di AIM 2001. Beliau mual bermain gitar sejak usia 12 tahun dan telah menubuhkan kumpulan muziknya pada usianya menjangkau 14 tahun.

Sham kerap mengiringi persembahan artis-artis ternama seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Syafinaz dan bintang Akademi Fantasia baik di pertunjukan dan persembahan terbuka atau pun di stesen-stesen TV. Dia juga mencurahkan pengalaman muziknya di Akademi Seni Kebangsaan.

Antara tugasan yang pernah dipikulnya termasuklah sebagai Pengarah Muzik untuk program konsert terbitan Astro iaitu Dari Studio Satu Anugerah Seri Angkasa 2006, Konsert Misi Suara Hati dan Konsert Akhir AF3.

Sebenarnya, ada satu kisah yang Abg Sham kongsikan. Timbulnya kesedaran tika mana beliau bertemu dengan Imam besar Masjidil Haram, Dr Abdul Rahman As-Sudais di Masjid Alwi, Kangar. Pertemuan yang Allah izinkan ini adalah pertemuan yang tanpa dirancang.

Mungkin dengan pertemuan inilah terdetik satu perubahan yang besar dalam jiwa beliau. Disusuli dengan bantuan dan buku-buku yang beliau baca untuk memahami islam.

Subhanallah, dengan bertemu orang soleh Allah campakkan hidayah kepada beliau.

Mungkin ada yang belum mendengar luahan Abg Sham selepas mendapat hidayah, anda boleh ke link ini untuk mendengarnya. Silakan. Bicara Hidayah. (",)

Akhir : Kita jangan sombong

Ya. Jom lihat akan kehidupan kita. Pernahkah kita bersyukur sesungguh-sungguhnya setelah Allah mencampakkan cahaya keimanan kepada kita? Pernahkah kita menghargai setiap detik yang berjalan adalah di bawah kesejahteraan agama islam yang kita anuti? Beramal dengan rasa ingin berterima kasih kepada Allah kerana memilih kita sebagai umat rasulNya?

Atau kita masih sombong dengan ajaran yang ditunjukkan oleh Nabi petunjuk sepanjang zaman? Atau kita masih mahu mensia-siakan peluang yang Allah kurniakan? Andai kita tahu dan sedar bahawa nikmat iman dan islam itu adalah nikmat yang terbesar, pasti kita tidak akan memandangnya sebelah mata.

Sedarlah teman-teman sekalian, Allah itu Maha Kuasa. Tidak takutkah kita jika Allah menarik balik hidayah yang dikurniakan? Ketika itu siapalah kita di sisiNya? Pasti berlayarnya kita tidak bertepian. Allah mampu memberi hidayah. Allah juga mampu menariknya kembali. Berhati-hatilah. (",)




Ulasan

Catatan Popular