Siapa PM tidak penting... segalanya ketentuan Allah : Presiden PAS

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan kepimpinan Pakatan Rakyat dan penyokong parti perikatan itu memberikan tumpuan untuk “menumbangkan” Umno-Barisan Nasional (BN) dan bukan memikirkan siapa calon perdana menteri sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum penjara.


Anwar, Ketua Umum PKR didakwa atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlana, satu tuduhan yang mana beliau telah menafikan sekeras-kerasnya dan menyifatkan ia satu konspirasi untuk memusnahkan kerjaya politiknya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dijangka akan mengumumkan keputusan kes liwat itu pada Isnin ini.

Dalam satu tulisan di laman sosial Facebook, Abdul Hadi (gambar) berkata soal siapa menjadi perdana menteri tidak penting sebaliknya Pakatan Rakyat harus menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Apa yang penting kita mesti menangkan dulu Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke 13.

“Soal siapa menjadi perdana menteri tidak penting, yang penting negara kita selamat, segalanya ketentuan Allah,” kata Ahli Parlimen Marang ini.

Ulasan

  1. Kita boleh menilai ucapan seorang pemimpin yang sebenarnya, Syabas Tok guru di atas idea dan pandangan Tg yang bernas itu . kawan-kawan boleh samakan idea TGHA dengan hassan ali. siapa lah yang layak di panggil pemimpin ?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular