SAYA YANG CUBA ROSAKKAN NUR AMALINA!!!!

JOHOR BAHRU - Hati ibu mana yang tidak terkilan jika anak yang ditatang bagai minyak yang penuh tujuh tahun yang lalu, kini ditohmah dengan pelbagai tuduhan kononnya liar dan tidak berakhlak.


Dia tidak lagi disanjung seperti dahulu, malah ada juga yang menuduh pencatat sejarah dengan keputusan SPM 17A1 itu sebagai seorang anak gadis yang berubah liar kerana mengalami kejutan budaya.

Ini berikutan gambar peribadinya bersama rakan-rakan yang dirakam dalam keadaan dia berpakaian yang boleh disifatkan sebagai seksi, tersebar di Internet.

“Tidak! Anak saya bukan anak gadis yang liar. Saya tahu dia lebih daripada orang lain. Bukan saja kerana dia anak saya, malah kami berhubung hampir setiap malam. Malah saya juga sudah 13 kali ke sana (United Kingdom), sejak dia menuntut di sana,” kata Sabariah kepada Sinar Harian.

Menurutnya, tuduhan kononnya Nur Amalina yang kini berusia 23 tahun tewas dengan kejutan budaya hidup di negara Barat hingga kini tidak lagi bertudung, juga tidak benar.

“Anak saya memang tidak bertudung. Orang hanya tengok gambar dia semasa dia bersekolah menengah. Waktu itu dia memang bertudung ke sekolah,” katanya.

Nur Amalina kini sedang mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam dua bidang iaitu jurusan perubatan dan sains farmakologi di University of Edinburgh, Scotland bawah tajaan Bank Negara Malaysia.

“Saya bukan semata-mata nak membela anak saya. Sebagai ibu, saya juga tentu tak akan terima jika berlaku sesuatu yang tidak baik kepada anak saya. Namun saya tahu dia macam mana. Gambar yang disebar itu, saya sendiri yang rakam sewaktu kami bercuti bersama rakan-rakan anak saya di Paris tiga tahun lalu. Malah seluar yang dia pakai itu, saya sendiri yang beli,” kata Penolong Kanan I Sekolah Menengah Kebangsaan Johor Jaya, di sini.




ade jugak mak yang lagu tue... suke anak tak bertudung dan beli pakaian yang tak berape senonoh!!!!

Ulasan

  1. wahai pn sabariah, org tak fitnah anak kamu. itu kenyataan, dia dah tak bertudung, dah kaler rambut, dan dalam dakapan mat saleh, awk belikan seluar ketat. kalau dah betul mengaku saja le. bahaya penolong kanan ni, nanti disuruhnya anak2 murid buka tudung, bukti nya ada kan. baliklah kepangkal jalan cik sabariah, setinggi mana pelajran anak kamu tapi kalau tidak menurut perintah ALLAH tak sampai kemane nya. INSAF lah

    BalasPadam
  2. tak mustahil nanti dia suruh anak dia main dengan mat salleh, baru le dapat cucu pan asian

    BalasPadam
  3. Senang je nak check...ade 2 cara mudah: Kalau nak tau gagal ke lulus...Call Edinburgh Uni. Kedua, check kat Malaysia Medical Association,Kalau takde nama Amalina as a Doctor, maknanye dia gagal...The time will tell...Pasal pakai seksi seksi tu, kita semua tak kenal siapa amalina...Tak kisahla, bukan anak kita...anak Kak sabariah. Kita cuma tumpang happy je time amalina jadi Top Student. Kat Msia pun ramai spy ape, time dia balik...akan ade spy lagi tu tengok gerak geri dia...dah le tu, buat bodoh je...:)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular