SEDIH... SULTAN PERKENAN HAK KEISTIMEWAAN HASAN DIGUGURKAN

SHAH ALAM, 13 Jan - Sultan Selangor hari ini perkenan untuk menggugurkan pelantikan Datuk Dr Hasan Ali daripada jawatan exco kerajaan negeri itu berikutan dipecat PAS hujung minggu lalu.
Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia dipecat PAS pada Ahad lalu kerana berulang kali mengeluarkan kenyataan dan pandangan yang bertentang dengan dasar parti Islam itu.
"Memandangkan sekarang (Hasan) bukan lagi ahli PAS, saya telah membuat keputusan bahawa beliau tidak boleh lagi menjadi ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri dan telah menasihat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan untuk membatalkan pelantikan beliau.

"(DYMM) Tuanku Sultan telah bersetuju dengan pendapat saya dan baginda akan menulis surat pembatalan pelantikan YB Datuk Dr Hasan sebagai ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri," kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid berkata semasa pertemuan dengan Sultan Sharafuddin Idris Shan pagi tadi, baginda memberikan kuasa kepadanya untuk melantik pengganti Hasan.

"Sultan juga menasihatkan saya agar menjalankan tanggungjawab ini dengan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak," katanya.

"Pelantikan exco baru akan disempurnakan pada Rabu minggu depan (18 Januari) di istana," tambahnya.

Bagaimanapun ketika ditanya siapa yang akan menggantikan Hasan, Khalid berkata beliau "masih belum menerima senarai calon daripada PAS" dan akam membincangkan perkara itu dengan kepimpinan pusat dalam masa terdekat.

Beliau menambah "ekoran pemecatan Hasan sebagai exco, hak keistimewaan beliau turut akan digugurkan."

"Keputusan ini dibuat oleh MB dan bukan wakil rakyat Bebas tidak boleh berada dalam ahli jawatankuasa negeri mengikut peruntukan yang ada. Keputusan itu adalah jelas.

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular