ROTI GARDENIA vs MASSIMO.... AKU MAKAN ROTI CANAI

Baru-baru ini kempen memboikot roti Gardenia ekoran tuduhan ia bersifat perkauman dan “syarikat kroni” yang mencerminkan realiti dalam negara di mana hampir ke semua aspek kehidupan dilihat berpegang kepada perkauman.


Gardenia Bakeries terpaksa mengeluarkan kenyataan minggu lalu untuk menafikan syarikat itu diarahkan oleh Padiberas Nasional Bhd (Bernas) untuk menghentikan pembelian tepung dari Federal Flour Mills Bhd (FFM) atas sebab-sebab yang dikatakan bersifat perkauman.

Keputusan itu dibuat ekoran jualan popular roti Gardenia apabila ramai rakyat berbangsa Cina memilih produk baru sebagaI satu tindak balas dalam satu kempen di laman sosial Facebook dan emel selain turut dihebahkan melalui khidmas pesanan ringkas.

Bernas dimiliki Tan Sri Syed Mohktar Al-Bukhary sementara FFM diketuai hartawan Malaysia Tan Sri Robert Kuok.

Kempen anti-Gardenia yang diadakan di Internet terutamanya di China, bermula bulan lalu dengan meminta memboikot syarikat pengeluar roti itu kerana mendiskriminasi FFM milik Kuok atas sebab bersifat perkauman.

Kempen itu juga menggesa pengguna menyokong produk yang dihasilkan FFM, Massimo yang memasuki pasaran baru-baru ini.

Satu emel yang dihantar menyebut: “Mari menyokong roti baru Massimo oleh Robert Kuok dan boikot roti Gardenia yang dimiliki kroni Umno Syed Mokhtar Albukhary, kumpulan Tradewind.”

Massimo kini menawarkan roti bersaiz kecil dan panjang berharga RM2.50 dan RM3.40 manakala Gardenia berharga RM3.20 dan RM3.35.

...

Ulasan

  1. walaupun aku orang pakatan bila tiba bab2 ini aku terpaksa sokong al bukhari, sekurang2nya aku sama agama dgn albukhari.maaf ye robert kuok.

    BalasPadam
  2. kita boikot je roti massimo ni, kalau nak buat bisnes, buat je la, takyah nak gunakan isu perkauman. boikot roti massimo.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular