PUAK GILER PASIR MAS REPORT POLIS TERHADAP TG NIK AZIZ

300 orang NGO (Perkasa) berkumpul di hadapan masjid bandar Pasir Mas dan berarak menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas (IPD) untuk membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataan beliau menghalalkan perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901 pada 9 Januari ini.


Laporan polis dibuat ekoran laporan berita siaran 7.45 malam tadi yang mengandungi kenyataan Nik Abdul Aziz bahawa perhimpunan 901 adalah halal, dan mempunyai maksud bahawa orang ramai boleh menyertai perhimpunan berkenaan.

Kenyataan Nik Abdul Aziz itu dibuat ketika rakyat di seluruh negara membuat laporan polis bagi membantah perhimpunan tersebut kerana ia boleh menjejaskan keamanan dan keselamatan negara.

“Berdasarkan laporan berita tersebut, saya percaya ia boleh mengelirukan orang ramai dan seolah-olah menyeru rakyat untuk tidak menghormati kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan negara serta menimbulkan huru-hara.

“Seorang Menteri Besar yang juga ketua pentadbiran negeri dengan jelas cuba memperlekehkan undang-undang negara.

Polis hendaklah menggunakan kuasa yang ada dengan tegas tanpa berkompromi bagi menghalang hal itu daripada berlaku.

.... muke orang giler memey lagu tue...

Ulasan

  1. Halal atas roh Hilf al Fudul.

    Lagipun orang nak berhimpun, bukan nak merusuh.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular