31 Jan 2012

PERUTUSAN KP PEMUDA PAS WP SEMPENA HARI WILAYAH
abu nu'man31 Jan 2012 0 Komentar

Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2012








KUALA LUMPUR telah diisytiharkan sebagai sebuah bandaraya pada 1 Februari 1974. Sempena merayakan Hari Wilayah yang ke-37 pada 1hb Februari 2012, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP), mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan kepada seluruh warga Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Sesungguhnya, di bumi Wilayah Persekutuan inilah kita bersama-sama menuai jasa bakti bagi membangunkan sebuah negeri yang menjadi mercu tanda kemegahan rakyat Malaysia.

Umum mengetahui bahawa Wilayah Persekutuan khususnya Kuala Lumpur adalah ibu negara Malaysia. Sebagai ibu negara di sebuah negara maju, ia menjadi tumpuan baik rakyat Malaysia sendiri mahupun pelancong dari luar. Wilayah Persekutuan adalah model kepesatan kemajuan negara lambang kemodenan Malaysia.

DPPWP mengucapkan takziah dan jutaan terima kasih ke atas keluarga Allahyarhamuha YB Dr Lo’ Lo’ Hj Ghazali ahli Parlimen PAS di Titiwangsa juga merupakan AJK Dewan Muslimat PAS Pusat juga AJK di dalam PAS Pusat. Jasa yang telah beliau curahkan di dalam PAS menyebabkan pemergiannya pada 17 Julai yang lalu amat dirasai oleh warga PAS dan juga rakyat Titiwangsa.

Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo' pernah menyatakan masalah yang besar sekali di hari wilayah pada tahun yang lalu iaitu masalah pendatang haram. Untuk menangani masalah ini, Allahyarhamuha Dr. Lo' Lo' telah banyak kali menulis surat aduan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membawa perhatian pihak berkuasa kepada masalah ini yang kini telah bertambah teruk.

Kebanyakan pendatang haram ini telah membuka gerai perniagaan tanpa lesen di kaki lima Jalan Chow Kit. Di Pasar Chow Kit pun mereka membuka gerai perniagaan yang tidak berlesen di mana kebanyakan dari mereka menjual buah-buahan. Perbuatan membuka gerai perniagaan di kaki lima adalah salah di sisi undang-undang tetapi tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa untuk menyita gerai-gerai yang tidak berlesen ini.

DPPWP juga mendapati selain maslah kesesakan lalu lintas, masalah jenayah juga semakin berleluasa di sekitar Kuala Lumpur. Di Bukit Bintang sebagai contoh merupakan tumpuan para pelancong dan ahli perniagaan dan usahawan negara asing memandangkan lokasi Golden Triangle adalah ‘business district’ yang terkenal sekali di Kuala Lumpur.

Kes ragut dan rompak kerap berlaku menyebabkan seolah-olah bandaraya Kuala Lumpur ini merupakan bandaraya yang tidak selamat. Ini menjejaskan imej Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya yang selamat dimana para pelancong boleh berjalan-jalan makan angin dengan selamatnya pada waktu malam.

DPPWP amat mengharapkan pihak Kementerian agar segera mensejahterakan penduduk di ibu kota daripada pelbagai masalah jenayah serta gejala sosial yang menimpa anak-anak muda. DPPWP bersedia duduk semeja dengan pihak Kementerian dan agensi kerajaan bagi merundingkan pelbagai bentuk pendekatan supaya masalah ini dapat di bendung serta memperbanyakan aktiviti bermanfaat dan pengisian rohani bagi mengisi masa anak-anak muda.

Sempena Sambutan Hari Wilayah ini, DPPWP mengharapkan sokongan rakyat terhadap PAS dan PR terus meningkat menjelang PRU-13 dan kita menawarkan pakej Negara Berkebajikan sebagai alternatif rakyat dalam menolak Umno-BN. Dalam bahagian polisi-polisi umum, Negara Berkebajikan akan melihat dan menambahbaik polisi-polisi sedia ada termasuk dalam polisi politik, ekonomi dan sosial.

Melihat pentadbiran kerajaan sekarang hanya berkonsepkan 'kekayaan negara berpusing kepada orang tertentu sahaja' sedangkan rakyat terus terseksa. Sepatutnya harta kekayaan negara disalurkan kepada rakyat selain digunakan untuk pembangunan negara, malah jika kerajaan ingin mencari sumber pendapatan maka cukai perlu dikenakan tetapi tidak semua rakyat perlu membayar cukai. Oleh sebab itulah Pakatan Rakyat ingin memansuhkan terus tol kerana rakyat yang tidak sepatutnya dikenakan cukai juga turut terbeban pembayaran tol, inilah yang dijanjikan di dalam Buku Jingga serta konsep negara berkebajikan PAS.

10 agenda yang ditawarkan PAS menyentuh aspek kerajaan beramanah, adil dan bersih, masyarakat penyayang, aman dan bersatu, serta ekonomi mampan, seimbang dan saksama. Selain itu, Konsep Negara Berkebajikan juga menyentuh mengenai pendidikan berkualiti, perkhidmatan kesihatan yang cekap dan berkualiti, kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat serta keluarga harmoni, bahagia dan bermoral.

Akhir sekali saya mendoakan kesejahteraan dan kebaikan buat semua warga Wilayah Persekutuan yang menyambut Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2012. Semoga kita terus hidup dengan budaya dan suasana yang tenteram, sihat dan aman di Malaysia ini. DPPWP mengharapkan supaya rakyat Wilayah Persekutuan terus menolak BN dan pilih PAS-Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti.

Kamaruzaman Mohamad
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.