PEMUDA PAS SELAR KUIN
KUALA LUMPUR, 20 Jan - Dewan Pemuda PAS pusat menegaskan sayap parti Islam itu berpendirian teguh untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), selari dengan kehendak kumpulan mahasiswa dan Pakatan Rakyat sambil menyifatkan keputusan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan undang-undang itu menggantung pengajian lima mahasiswa bukan langkah bijak.
"Menggunakan AUKU bukanlah langkah bijak sebagaimana menafikan hak mahasiswa bersuara juga bukan langkah yang baik," kata Ketua Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan.
Dalam tulisan terbarunya di laman Facebook, Nasrudin berkata pihaknya serius untuk memansuhkan AUKU selain telah berulang kali meminta Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan pengurusan KUIN agar tidak menggantung kelima-lima mahasiswa pusat pengajian tinggi itu.
"Jelas pendirian kami sehingga kini tidak berubah iaitu mansuhkan AUKU. Pendirian ini bukan kepada kes-kes tertentu atau universiti dan kolej tertentu tetapi meliputi semua termasuk KUIN yang berada di bawah kerajaan negeri Kedah dan ia ditadbir Pakatan Rakyat manakal menteri besarnya dari PAS.
"Pendirian kami tidak berubah dan tegas. Malah beberapa kali saya kemukakan kenyataan kepada menteri besar sendiri, ataupun kepada KUIN menggesa bertindak wajar dan tidak menggantung lima mahasiswanya," katanya.

Ulasan
Catat Ulasan