PEMIMPIN PR SEDIA HADAPI KEPUTUSAN

Pemimpin Pakatan Rakyat hari ini berkata bersedia akan kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dengan tuduhan liwat yang akan diputuskan pada 9 Januari ini, menambah rancangan baru akan dilaksanakan jika ia berlaku.

“Kepimpinan Pakatan Rakyat bukan sahaja saya dan (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) tetapi Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang telah membincangkan perkara ini... Jika saya dipenjarakan, terlibat dalam kemalangan atau ditembak, kami bersedia, perbincangkan pelbagai kemungkinan, satu, dua atau tiga senario,” katanya kepada pemberita.

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata senario itu merujuk kepada kemungkinan Mahkamah Tinggi akan mensabit kesalahan, membebaskan Anwar, sabitkan dengan jaminan atau sabitan tanpa jaminan.

Tetapi pemimpin Pakatan Rakyat enggan mengulas sama ada ia bermaksud Anwar akan digantikan dengan pemimpin lain sekiranya dipenjarakan.

“Jangan risau pasal perkara ini...kami tahu apa yang perlu dilakukan. Mengapa anda bimbang,” kata Anwar  kepada pemberita sambil tersenyum.

... we are professional leader not like UMporNO...

Ulasan

Catatan Popular