NASIHAT DPPWM BUAT BLOGGER DI WILAYAH PERSEKUTUAN

Salam Perjuangan,

Blog dan kuasa atau pengaruh alam siber yang disebarkan melalui Internet telah dipergunakan dengan cukup berkesan oleh parti-parti politik terutama yang tidak menganggotai gabungan dalam Barisan Nasional (BN). Namun kemunculan laman-laman sesawang PR telah sedikit sebanyak merobah suasana dan keberadaan pengaruh politik terutama di kalangan golongan muda dan terpelajar.

Momentum kebangkitan blogger pada masa ini semakin meningkat namun mereka masih lagi tidak mencipta jaringan yang kuat sesama sendiri dan tidak lagi mampu menyusun serangan yang lebih berkesan. Ibarat permainan bola sepak yang mana prestasinya bagus tetapi belum mampu menjaringkan gol akibat tidak ada persefahaman yang kukuh di kalangan mereka.

Amat sayang sekiranya terdapat pengendali blog yang tidak mengemaskini laman blog mereka menyebabkan pengaruh terhadap blog tersebut semakin pudar dan akhirnya lenyap begitu sahaja.

Dibawah ini ana paparkan laman blog (terkini) pemuda PAS di Wilayah yang tidak dikemaskini ....

Dewan Pemuda Pas Putrajaya


 Dewan Pemuda Pas Lembah Pantai
Dewan Pemuda Pas Kawasan Batu

Dewan Pemuda Pas BTR

Dewan Pemuda Pas Kepong

Apapun tahniah buat DPP Segambut kerana meneruskan usaha ini.
Dewan Pemuda Pas Segambut

Justeru, saranan kepada semua blogger Pemuda PAS di Wilayah Persekutuan agar dapat mengemaskini blogger dengan segala informasi dan maklumat serta menjawab tomahan dari pihak BN dalam menghadapi PRU 13 yang bakal menjelma tidak lama lagi.



Semoga tangan kita akan menjadi saksi kepada penat lelah kita semua menghasilkan jawapan dan membalas serangan yang dibuat oleh para munafiq, fasiq dan kafir harbi yang jelas tidak mahu melihat kemakmuran berkekalan di bumi bertuah ini. Sehingga kita akan mendapat hasil perjuangan ini di akhirat kelak Insya Allah.


...TAKBIR!!!....

Ulasan

  1. ana setuju dengan saranan tersebut

    BalasPadam
  2. Satu saranan yg baik bagi menguasai alam cyber..

    BalasPadam
  3. betul tu..sepatutnya semua memainkan peranan yang baik..jika tiada pelapis,usahakanlah agar lahir pelapis..semoga perjuangan dipermudahkan ALLah..amin...:)

    BalasPadam
  4. moga2 umno dpt hidayah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular