NAKHAIE KATE PEMECATAN TAK ADIL... LU SAPE???

Datuk Nakhaie Ahmad menyifatkan “perkara sama” pasti akan berulang sekiranya Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat keahlian oleh PAS tanpa mengikut prosedur perlembagaan parti, mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama.

Nakhaie menegaskan prosedur pemecatan Hasan tidak wajar kerana bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu tidak diberi peluang membela diri di peringkat jawatankuasa disiplin parti itu.

“Proses pemecatan Hasan Ali tidak wajar kerana beliau tidak diberi peluang mempertahankan diri dan adalah jelas pandangan Hasan Ali mewakili pandangan lama era kepimpinan ulama yang dianggap oleh pemimpin baru PAS sebagai sesuatu yang sudah lapuk,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau menambah pertemuan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini hanya “pertemuan biasan” dan bukannya pertemuan dengan jawatankuasa disiplin parti.

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) ini menegaskan PAS telah menggunakan kuasa secara tidak adil terhadap exco kerajaan negeri Selangor itu kerana tidak melaksanakan prosedur yang sepatutnya.

“Ia pertemuan biasa (antara Hasan, Abdul Hadi dan Nik Aziz), bukan jawatankuasa disiplin dan tidak ada surat tunjuk sebab pun... mungkin jawatankuasa agung ada kuasa tapi kuasa itu digunakan secara tidak adil kerana prosedur keadilan tidak dilaksanakan.

“Kalau sekiranya peringkat pertama tak sempurna apa ertinya peringkat kedua (rayuan)...di peringkat pertama orang yang dituduh dipanggil untuk membela diri dengan memberikan sebab mengapa parti tidak boleh mengambil tindakan terhadapnya dan kalau kita lihat proses ini tidak berjalan,” kata Nakhaie.

Ulasan

  1. betul ke kes DHA tidak dilayan dengan adil ? era ustaz dah habis tak payah sushah sushah

    BalasPadam
  2. kamu perbtulkan orang2 umno dulu sebelum kamu campur urusan parti orang lain, kamu jangan jadi haram jadah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular