'KENAPA HARUS KEKAL DALAM PARTI'....SOMBONGNYA DIA

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Bekas pemimpin kontroversi PAS Datuk Dr Hasan Ali membayangkan tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya walaupun diberi tempoh merayu sehingga bulan depan.


Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor yang dipecat parti Islam itu minggu lalu diberi tempoh 30 hari untuk mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama sebelum 7 Februari depan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia ini berkata beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam PAS dikhianati khususnya oleh sekumpulan ‘parasit’ yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.

“Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti,” katanya pada Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (Himpun) di Taman Bolton di sini.


.... kenapa perlu sombong???....

Ulasan

  1. Molek benarlah dia dipecat dari dibiarkan menggunting dalam lipatan. Setelah dipecat, melalui ucapannya sendiri terserlah siapa sebenarnya dia.

    BalasPadam
  2. Sayang sekali, orang yang disahkan oleh sekeping kertas sebagai pandai tapi tak berapa nak cerdik bila dinilai orang.

    Orang yang dijunjung sebagai pakar motovasi tapi tak dapat memotivasi diri sendiri apabila diasak dengan dugaan.

    Orang yang selalu bercakap pasal perpaduan, pasal ummah tapi apabila disuruh mengikut kesepakatan, tak nak pulak menikhtiraf ummah.

    Tapi bila diuji sedikit dengan hukum dunia, habis melalak salahkan orang lain kecuali diri sendiri. Islam kah ini??

    Surah Al-Baqarah, Ayat 44;
    "Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?"

    BalasPadam
  3. kesal yang amat sangat perangai dan sikap hasan ali yang pernah saya kagumi

    BalasPadam
  4. Saya support hassan ali...saya support islam dia bukan islam pas...kalau dato kata kami perlu kuar dari pas...kami akan kluar ...kami menunggu signal dari dato...

    BalasPadam
  5. nak tunggu signal apa lagi. kan dah jelas tu. tunggu signal ke tunggu 'royalti'?

    BalasPadam
  6. tunggu royalti dari parasit !

    BalasPadam
  7. untuk kamu,

    Anonymous: January 15, 2012 7:07 PM ~

    kalo kamu nak keluar .. keluar ajer laa, nak tunggu segnal amendenyer. Kan DHA dah dipecat .. kamu pecatlaa sendiri diri kamu ... alahai itu pon nak umum dalam nie ke?

    BalasPadam
  8. Nak keluar macam nana.... tuan parasit beragenda dlm PAS belum bagi signal lagi! Mungkin parasit2 baru rasa suam2 je... belum kepanasan lagi!

    BalasPadam
  9. cepat-cepat kuar le parasit... sebelum aku sembur racun parasit....kihkkkk

    BalasPadam
  10. besar mulut blm kenyang kot

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular