KALU HASAN BACA MESTI DIA SEDIH..ISKH..ISKH..

KUALA LUMPUR, 27 Jan — PAS meminta pemimpin Pakatan Rakyat agar "melupakan" Datuk Dr Hasan Ali dan memberikan tumpuan kepada persiapan pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sudah tiada kaitan dengan parti Islam itu dan segala tindakan pemimpin kontroversi itu tidak akan dipedulikan.
"Bagi kita beliau (Hasan) bukan ahli PAS, jadi ikut beliau mahu lakukan apa...beliau boleh adakan siri jelajah, ia tidak kaitan dengan kita.
"Lebih baik tumpu kepada perkara yang lebih besar iaitu pilihan raya ke-13 dan juga isu-isu yang melibatkan kepentingan awam bukan isu Hasan Ali...kita juga tidak akan beri komen tentang beliau," katanya

Ulasan

  1. stuju 100% pdpt tuan ibrahim klu lyan mkin naik tocang si hasan tu, cdgan trima sj jd bos perkasa dp raja katak tu

    BalasPadam
  2. t.kasih dato' tuan ibrahim, itulah semolek2nya. mohon semua pemimpin kecil, sederhana, besar PR dengarlah saranan DTI ni. biarlah dia habis suara.

    BalasPadam
  3. Saya pon setuju pendapat beliau memang bagus ada wawasan masa depan ,biarkan hasan ali terjun degan labunya apa ada kisah.Tumpuan pada pilihanraya akan datang lebih penting demi mencari jalan keputarjaya bersama pakatan rakyat kan kan kan.

    BalasPadam
  4. sudah diceraikan, jangan lagi kita hiraukan dia, bukan si dia hanya mahu diberikan perhatian dan kasih sayang, biarkanlah si dia hidup sendirian tanpa kita, maka setujulah kita jika si dia akan mencari jodoh baru dan kahwin lagi.

    BalasPadam
  5. Sedih benar saya membaca kenyataan ini. Seorang pemilik PhD dah jadi kupang tembaga; nak dijual tak laku, digadai siapa yang mahu?

    BalasPadam
  6. perbaiki pakatan agar terus molek...

    BalasPadam
  7. Kata perjuangan Islam, biar la Hassan Ali sendirian dengan Perkasa perjuangkan Islam. Yang mengaku perjuangkan Islam biar duduk tepi aje. Inilah perjuangan Pas yang sebenar, hanya untuk berkuasa sahaja. Pas bukan agama, tapi hanya parti politik sahaja, sama macam UMNO, sama macam DAP, sama macam PKR. Cuma pemimpin parti politik yang lain tak berlebai dn bergelar tok guru. Kalau Pas tak nak sokong pun tak apalah, asal jangan tikam. Kalau nak tikam pun, nanti bukan UMNO yang balas, tapi Allah yang balas.

    BalasPadam
  8. sebenarnya isu Hassan Ali (Akidah) seronok jugak diperkatakan sebagai bahan lawak dan hiburan semasa saja. Sehari tak dengar berita kebodohan dan kebangangan pemegang PHD ni, rasa tak ceria pulak hidup... hehehe. Aku balik kampung, tanya-tanya kat penyokong2 PAS kat kampung, boleh dikatakan semuanya gelak jer dengar kisah Hassan Ali Akidah ni. Nak tengok Maharaja Lawak kena ada ASTRO, jadi pada yang dah boikot ASTRO tu, bolehlah gantikan siaran Maharaja Lawak ni dengan cerita-cerita kebodohan dan kebangangan Hassan Ali Akidah ni. Terbaru... cerita dia nak beli kereta Toyota Camry yang diperuntukkan untuk kegunaan EXCO negerio Selangor.. Check it out!!! hehe

    BalasPadam
  9. Hassan orang biasa aje, dan seperti orang biasa yang lain, ingin juga mengaut apa-apa keuntungan yang boleh, sekiranya halal, sama macam mana-mana ahli Pas yang lain. Kenapa nak sorakkan dia jatuh? Kalau letak nama Islam pada parti, biarlah ada akhlak yang baik. Orang kafir melihat apa yang kita buat, dan yang penting sekali Allah yang melihat.

    BalasPadam
  10. penyokong ketuanan...org kafir lagi pelik bila melihat pemimpin yg mengaku Islam dan memimpin negara Islam contoh konon nya...tapi gagal menyuruh anakbini menutup aurat!

    BalasPadam
  11. Tak ada paksaan dalam Islam. Mereka nak solat, nak pergi haji, nak puasa, dan nak buat banyak ibadah lain. Tapi bila mereka tak nak tutup rambut, ada berani ke ulamak Islam nak panggil mereka kafir. Mereka tak tolak hukum, tapi tak nak buat. Yang penting mereka tidak mengajar agama di masjid dan mencerca orang lain yang tak sependapat dengan mereka. Yang tak tutup aurat dosanya antara mereka dengan Allah, tapi yang mencerca sesama Muslimin tu dosanya dengan Umat, pecahkan agama, duduk atas pentas, katanya perjuangkan agama, siar di youtube, biar semua manusia lihat bagaimana ilmuan Islam mencerca sesama sendiri.
    Yang berada di depan, mengarak panji-panji Islam di bumi Allah ini bukan tudung, tapi para ilmuan dan mujahid. Belum gerak lagi dan pecahkan umat. Buat kompromi sana sini. Macamana nak memimpin?

    Ya Allah, selamatkanlah kami di bumiMu yang dihuni ramai kaafirun.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular