31 Jan 2012

Jawatan "O" siapa cepat dia dapat...
chedet31 Jan 2012 0 Komentar

Macam -macam dah ada sebelum ni, PERKASA, PRIBUMI, KITA, MAKHAL SAKTI, .... bla.. bla.. berapa banyak daa... tapi org ramai tahu bendera mereka itu condong kemana!!!!!!!
Hasan Ali Tubuhkan 'Jati' Untuk Teruskan Perjuangan SHAH ALAM: Bekas anggota PAS, Datuk Dr Hasan Ali akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) dinamakan 'Jati' untuk meneruskan agendanya memperjuangkan agama Islam, hak orang Melayu dan raja-raja Melayu. "Secara peribadi orang tanya saya nak sertai Umno atau PKR (Parti Keadilan Rakyat)...saya nak katakan, saya tidak akan sertai mana-mana parti politik, saya akan sertai NGO yang namanya Jati," katanya kepada pemberita di sini. Beliau yang ditemui selepas berceramah di Seksyen 17 malam Isnin,turut mengakui masih sayangkan PAS dan mahu membantu parti itu menghapuskan golongan 'parasit' yang cuba merosakkan perjuangan asal PAS. Sejak dipecat dari PAS pada 8 Januari lepas, spekulasi tersebar luas bahawa bekas anggota exco kerajaan negeri Selangor itu akan menyertai Umno. Mengulas mengenai Jati, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata NGO tersebut akan dilancarkan pada 21 Februari ini. Beliau turut mengajak NGO lain untuk bergabung dengan Jati bagi membentuk 'kuasa ketiga' yang diharapkan dapat mengimbangi kehadiran Barisan Nasional dan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum ke-13. Ditanya sama ada kuasa ketiga itu akan menyokong parti memerintah, Hasan berkata, perkara tersebut belum diputuskan. "Kita adalah kuasa ketiga kalau bertanding pun atas nama kuasa ketiga dan kita tak kisah sama ada kita bertanding bersama atau tidak bersama dengan mana-mana parti politik," katanya. - BERNAMA
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.