IGP AKAN GUNA KEKERASAN SEMPENA HIMPUNAN 901!!!

KUALA LUMPUR, 5 Jan — Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, hari ini berjanji pihak berkuasa tidak akan mengharamkan perhimpunan 9 Januari depan, sebaliknya menuntut penganjur berunding dengan pihaknya berkenaan kawasan yang sesuai untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

“Kami tidak akan menghalang perhimpunan 9 Januari, pihak polis hanya mahukan perhimpunan itu dilakukan di kawasan yang lebih sesuai,” katanya.

“Saya sudah arahkan ketua polis bandaraya untuk memanggil penganjur dan berbincang berkenaan perkara itu,” tambahnya.

Ismail berkata, beliau sedar terdapat usaha untuk mengadakan perhimpunan berhampiran Mahkamah Tinggi Jalan Duta Isnin ini, hari yang sama hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah membuat keputusan terhadap kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sehubungan itu, pihak polis sudah bersedia untuk memastikan tahap keselamatan terhadap orang ramai dan harta benda awam terutamanya perkara yang keselamatan negara.

“Pihak berkuasa akan menasihati orang ramai agar bersurai, dan sekiranya mereka ingkar, terdapat pelbagai cara lagi yang akan digunakan sekiranya keadaan memerlukan.


Ulasan

Catatan Popular