HASAN MASIH BOLEH BELA DIRI & RAYUAN

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali agar mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura Ulama sekiranya ingin terus bersama parti Islam itu dan digelar “wakil rakyat PAS.”


Tuan Ibrahim, Ketua Penerangan PAS pusat berkata Hasan mempunyai tempoh selama 30 hari untuk mengemukakan rayuan.

Jelas beliau, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Hasan (gambar) hilang kelayakan untuk terus bertanding atas tiket PAS.

“Dalam tempoh 30 hari beliau (Hasan) boleh membuat rayuan kepada Majlis Syura Ulama, status beliau sekarang adalah wakil rakyat Bebas... kecuali beliau buat rayuan dan diterima beliau akan kekal sebagai wakil rakyat PAS sekiranya rayuan itu diterima.

“Bila sudah dipecat beliau bukan lagi ahli dan wakil rakyat PAS, beliau hanya ada peluang 30 hari untuk membuat rayuan,” kata Tuan Ibrahim menambah peluang Hasan membela diri masih ada melalui Majlis Syura Ulama sekiranya exco kerajaan negeri Selangor itu tidak berpuas hati dan merasakan diri tidak mendapat keadilan.

Ulasan

Catatan Popular