HASAN DIPECAT SEBAB DIRINYA SENDIRI BUKAN DSAI
PAS menegaskan pemecatan keanggotaan Datuk Dr Hasan Ali sebagai ahli parti itu bukan berpunca daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kerana kesalahan sendiri.
Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata Anwar tiada kaitan dengan keputusan yang dibuat dalam mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja PAS pusat kelmarin.
“Banyak sebab lain dan untuk memecat keanggotaan ahli ia melibatkan barisan kepimpinan parti dan langkah ini diambil disebabkan tindakan-tindakan yang dianggap merugikan parti.
“Keahlian boleh dipecat jika melakukan tindakan merugikan parti... Anwar tiada kena mengena dalam membuat keputusan dan ia tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak kerana keputusan ini dibincangkan dan dicapai secara bersama,” katanya.

mana ada orang mahu mengakui kelemahan diri. hanya orang yang yang berjiwa besar dan berlapang dada sahaja yang mahu muhasabah diri dan menerima hakikat tentang kekurangan dan kesilapan sendiri. bukan seorang yang bercakap besar seolah-olah dia saja yang sempurna dan betul jalan perjuangannya. apalagi seorang yang kononnya motivater hebat pada nama tapi kecil pada jiwa. kesian hassan akidah. dia umpama serigala yang gagal mengambil anggur lalu dikatanya anggur itu masam. kesian, kesian.
BalasPadam