GELOMBANG MERAH BAKAL TAWAN KELANTAN..HUHUHUHU

Gelombang Merah, kempen yang dilancarkan tahun lepas untuk Barisan Nasional (BN) merampas kembali Kelantan daripada PAS, kini semakin menjadi gelombang besar yang memikat rakyat agar menyokong BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.


Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Gelombang Merah juga berjaya melahirkan semangat bersatu di kalangan anggota dan pemimpin Umno dalam melaksanakan program yang lebih terancang bagi merealisasikan perjuangan menawan Kelantan.

“Dengan adanya Gelombang Merah ini, kita dapat menggerakkan jentera dengan
lebih lancar lagi kerana pilihan raya umum semakin hampir, kita dapati program
di seluruh negeri begitu banyak sama ada di peringkat pusat daerah mengundi,
dewan undangan negeri dan parlimen,” katanya.

Mustapa berkata Umno Kelantan sedang merancang untuk mengadakan perhimpunan raksasa yang melibatkan kehadiran Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin pada bulan depan.


Takutnyeeeeeee............

Ulasan

Catatan Popular