(FULL) USTAZ AZHAR & ZIZAN MALAM COUNTDOWN SHAH ALAM



1. Apakah Hukum sambut countdown…?

UAI:”countdown tu mende”…??
Zizan: !@#$*…emm..”count tu, kire..down tu, bawah…kire ke bowoh... 2011 ke 2012..”
UAI: “count up la gitu..11 ke 12….”
zizan: !@#*…. =)

Kata ulama’ countdown bukan perayaan…ianya jatuh haram mengikut cara(perbuatan) kite…jatuh haram sekiranya sambut dengan buat maksiat,mnum arak,judi,ambil dadah,dll….

2. Apakah hukum main bunga api…?

Ulama’2 sepakat menyatakan setiap perbuatan yang ada membazir = tidak harus…samada makruh @ haram.. Jika beli sedikit mercun kemudian bakar,makruh kerana membazir sedikit duit.. sekiranya membazir berlebihan jadi Haram.. contohnye beli sampai beratus2,beribu2 ringgit…kalau bunga api untuk sambutan tahun baru terang2 haram kerana ambil duit rakyat beratus2 ribu ringgit, pembaziran yg nyata…

3. Pandu kereta sorang2 pd pukul 3pagi…smpai kt lampu isyarat,lampu merah..boleh tak nk teruskan kerana tiada kenderaan lain ketika itu,jalan sunyi…

Peraturan kerajan buat bg menyelesaikan maslahatan rkyt..lampu isyarat dicipta untuk jln yg sibuk/sesak.. dlm jln kmpung ade lampu isyarat x?tiada sbb jln kampung xsibuk… Boleh jalan,jika yakin tiada kenderaan lain ketika itu(dari arah kiri,kanan,depan) dan yakin tiada mudarat kpd org lain..peraturan mnusia boleh ditukar mengikut keadaan..tetapi Undang2 ALLAH(Quran),tak boleh diubah sampai bile2…

4. Betul ke alat muzik tu najis..?? UAI: “Betul…..sekiranya ada tahi ayam pada alat muzik itu”…

Najis ialah benda yg keluar dari kemaluan… kalau binatang,anjing & babi..haiwan mati(bangkai) juga najis.. Jika main alat muzik sampai lalai,tu yg jd haram… bunyi2-an ni dibenarkan… dalilnya, dalam kitab2 bab Nikmat Syurga = Allah ada sediakan bunyi2-an didalam syurga nanti…

5. “Isteri kena hiburkan suami dirumah…kalau suara isteri xsedap kena nyanyi jugak ke…?”

Tujuan hiburkan suami untuk mengeratkan ksh syg dlm rmh tgga… hiburkan suami bukan dgn nyanyi je.. mcm2 cara boleh…isteri hiburan suami dr hujung rambut smpai hujung kaki.. dgn cara ckp boleh hiburkan suami.. cara berjalan…ni tidak,bile kt opis berjalan “catwalk”..dlm rumah plak “elephantwalk”…=) cara layanan juga hiburkan hati suami…dll…

6. Hiburan itu haram sebab melalaikan…ape pendapat ustaz…

Manusia mmg suke kpd permainan & hiburan.. Islam bukan agama menghalang(semuanya haram) tetapi agama mendidik..hiburan dibenarkan cume kite yg xpandai jaga diri (lalai dr perkara wajib,mabuk,maksiat)…tu yg jd haram tu..Boleh hiburkan diri sekejap setelah penat kerja @ beribadah.. boleh bermain supaya xbosan..Allah juga hendakkan supaya hamba2nya sihat n cergas untuk melakukan kerja n kewajipan2 lain..niat dlm hati, hiburan kerana Allah…

7. “Saya tgk vcd kuliah Ustaz…ustaz kate,perempuan xwajib pakai tudung..lepas tu vcd lekat..xleh nk tgk ayat seterusnya”.. betul ke perempuan xwajib pkai tudung…??

Betul perempuan xwajib pakai tudung…yg WAJIB ADALAH TUTUP SELURUH AURAT… aurat ialah apa2 bhgian pd anggota bdn yg tidak boleh dilihat oleh lelaki yg bukan mahram.. kalau pkai tudung tp nmpk jugak rmbut kat dalam (tudung nipis bayang) haram jgk…kalau pkai tudung tp rambut keluar(jambul) haram jgk.. pakai tudung tp pkai baju lengan pendek,haram jgk…pakai tudung singkat,haram jugak..jd tutuplah aurat..WAJIB..faham molek..

8. Masa duduk tahiyat awal, anak datang duduk atas peha…batal tak..?

UAI:”Batal…sekiranya si ayah terkentut”…

Tak batal sebenarnye..kecuali jika si anak itu dalam keadaan bernajis… dalilnya, pernah satu ketika Rasulullah sedang sujud,cucu baginda iaitu saidina hussin tibe2 naik atas belakang baginda..baginda sujud lama2..tidak terus bangun kerana fikirkan cucunya xpuas lg bermain dan juga bimbang sekiranya saidina hussin terjatuh jika baginda bangun… dalam solat,boleh meraikan kanak2…

9. “Babpe (sebab ape/kenapa) ustaz tak berpasangan ngan zizan masuk raja lawak…?”

Ustaz mengajar untuk tarik minat orang muda..kalau mengajar lurus mendata(straight) aje, orang muda xberapa suke…datang 2,3kali pastu xdtg dh sbb bosan…kena pelbagaikan cara.. Alhamdulillah,orang muda datang kuliah…yang xsuke datang kuliah,jadi suke datang kuliah…kite nk hasilnye….

10. “Saya suka tengok cerite hantu…sampai takut nk gi ke dapur waktu malam..isteri saya lagi la takut…” Apa hukum tengok cerite hantu…?

Sengaja tengok suatu bende yang buat kite takut, tetapi bende takut tu xdk faedah = Makruh… Kalau tengok suatu benda yg membawa takut kepada Akhirat(ALLAH),contohnya tengok orang mati = Sunat… Jika takut pada bende yang hanya lakonan(filem/drama)..? = maknenye kite ‘tak sihat’…=)

11. “Saya nak derma tabung masjid rm10..tetapi terambil duit rm50 dan termasuk ke dlm tabung masjid..boleh tak saya nak mitak balik(baki)…?”

Boleh mitak balik…dengan syarat kena bersumpah dulu…jika imam x yakin dengan dia,imam xwajib bagi… fikirkan hikmah…mungkin Allah nk bg ganjaran yg besar pd kite…redha aje lah…

12. “Kenapa wanita suka berbelanja..isteri saya janji, sekali ni je-sekali ni je,tp beli jgk”

wanita mcm bdk2…suke membeli..contohnye bdk2,pantang tgk mainan terus je nk,padahal mainan dh byk kt umah…mcm juga wanita, padahal baju,kasut byk dlm almari yg xpkai lg..nk beli lg..wanita mmg suke tgk benda yg cantik.. memang tugas suami cari duit, isteri habiskan duit..kalau bukan isteri yg habiskan duit, siapa lg…kalau bkn isteri,siapa lg yg nk beli periuk,kuali,dll…suami jgn marah..isteri besar jasanya..tlg beranakkan anak, jaga anak2, tlg basuh bju kite,tlg msak,kemaskan umah,dll…

13. “Saya rajin berkerja,taat perintah agama,solat xtinggal…boleh tak nk jd menantu ustaz..?”

Boleh…sapa-sapa pun boleh asalkan jangan Pelakon... dlm hadis pon nabi berpesan,jika ada seorang lelaki yg beragama dtg meminta anakmu,maka segerakanlah menerimanya… nabi tak syaratkan mengambil menantu yang PANDAI AGAMA ( ulama,ustaz,al- hafiz)…tetapi cukuplah yg JAGA AGAMA(bersolat 5waktu,berpuasa penuh,dll)…

14. Apakah hukumnya mengambil wudhu’ dalam keadaan bogel..?

“Ulama’ sepakat menyatakan HARAM mengambil wudhu’ berbogel….di khalayak ramai”…=) Jika didalam bilik air rumah hukumnya makruh…

*Ni je yang sempat saya ambil..Jika ada salah dan silap..silalah tegur…kerana kesilapan itu dtgnye drpd kelemahan diri sy sendiri…sama2 kite belajar(menuntut ilmu) mencari redha Allah dan juga sama-samalah kita berkongsi2…=)…

Sumber: Cahaya Islam


(sound korang jelas... harap maap le ye)

Ulasan

Catatan Popular