18 Jan 2012

FITNAH : ANWAR SAMAN UTUSEX RM50
abu nu'man18 Jan 2012 1 Komentar

KUALA LUMPUR, 17 Jan — Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia kerana mendakwa ketua pembangkang itu “menghalalkan homoseksual” dalam terbitan hari ini.


Akhbar milik Umno itu dalam laporan muka depan bertajuk “Tolak Anwar — Hasan” mengatakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali membidas Anwar kerana kerana mempertikaikan undang-undang berkaitan homoseksual di negara ini.

Hasan berkata pendirian Anwar tersebut bukanlah baru kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asasi Ketua Umum PKR itu.

Justeru beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kekacauan dalam negara.

Menurut Naib Presiden PKR N. Surendran, laporan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia itu berunsur fitnah, tidak benar dan bermotifkan politik.

Isu ini berbangkit selepas Mingguan Malaysia, edisi mingguan Utusan Malaysia baru-baru ini mendakwa Anwar semasa temubual bersama BBC mengatakan ketua pembangkang itu mempertikaikan undang-undang berkaitan kegiatan homoseksual di negara ini.

Akhbar itu dalam laporan muka depan bertajuk “Anwar ulas isu gay” turut mengatakan undang-undang berkaitan homoseksual di Malaysia tidak boleh diterima dan sudah lapuk.

“Laporan-laporan yang disiarkan itu adalah fitnah, tidak benar, bermotifkan politik dan menunjukkan etika kewartawan yang rendah,” kata Surendran yang juga peguam Anwar.

Jelas peguam hak asasi ini, semasa temubual bersama BBC Anwar meminta agar undang-undang lapuk dikaji semula dan menegaskan “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita. Kami tidak menggalakkan homoseksual di khalayak.”

“Ini jelas menunjukkan apa yang dilaporkan Utusan Malaysia tidak benar,” katanya.

Dalam pernyataan tuntutan yang diserahkan kepada pengurusan Utusan Malaysia, Anwar menuntut ganti rugi sebanyak RM50 juta dan memberikan tempoh 48 jam untuk melaksanakan tuntutan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Anwar menuntut Utusan Malaysia menarik balik segala laporan palsu dan permohonan maaf terhadap dirinya dan menuntut permohonan maaf disiarkan di muka hadapan akhbar itu.

Anwar menamakan editor Utusan Malaysia sebagai defendan pertama dan Pengarah Urusan Utusan Melayu (Malaysia) Bhd.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

1 ulasan:

  1. jangan lupa kalau ada ruang saman hasan ali sekali. dia yag dipecat oleh pas orang lain pulak yg difitnah dan dicaci.

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.