BOM : KETUA POLIS PERTIKAI LAPORAN UTUSEX

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Ketua Polis Ibu Pejabat Polis (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Salleh,Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertikaikan laporan akhbar Utusan Malaysia yang menyatakan bahan letupan berkenaan di bawa oleh salah seorang penunjuk perasaan dan mengagapnya "anggapan kecil media", malah menasihati orang ramai agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkenaan perkara itu.


"Saya menggesa orang ramai agar tidak menimbulkan kekecohan dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian," katanya.

Justeru, PDRM menawarkan ganjaran RM 10,000 kepada pemberi maklumat insiden letupan bom di Kompleks Mahkamah Jalan Duta ketika keputusan kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim Isnin lalu.


Perkara itu diumumkan melalui laman Facebook milik pasukan keselamatan itu hari ini.

"Berikutan insiden tiga letupan 'Improvised Explosive Devices (IEDs)' yang berlaku pada 9 Januari 2012 berhampiran Kompleks Mahkamah Jalan Duta, PDRM menawarkan ganjaran sebanyak RM 10,000 kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam insiden tersebut," menurut status di laman Facebook tersebut.

Letupan berkenaan berlaku sejurus mahkamah memutuskan Ketua Pembangkang itu dibebas dan dilepaskan dari tuduhan meliwat pembantunya.

Menurutnya lagi, letupan bom berkenaan dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepakaran tentang bahan letupan.

Siasatan polis membawa kepada penemuan alatan seperti jam penggera, sembilan bateri, dan paip PVC di lokasi kejadian.

Menurut Mohamad, letupan berkenaan sengaja ditimbulkan bagi mencetuskan keadaan huru-hara kerana kawasan perkarangan mahkamah pada ketika itu merupakan kawasan tumpuan orang ramai ekoran perhimpunan pembebasan Anwar 901.

Mohamad sebelum itu berkata, "bahan letupan tersebut adalah buatan sendiri dengan menggunakan penetap masa, bebola, dan bateri, serta wayar berdasarkan penemuan yang ditemui di kawasan letupan."

Menurutnya, bahan letupan berkenaan dipercayai diletakkan di bawah kon trafik di luar bangunan mahkamah.

Letupan tersebut telah mencederakan lima lelaki di luar Kompleks Mahkamah Jalan Duta Isnin lalu sebaik sahaja Anwar Ibrahim dibebaskan mahkamah atas tuduhan meliwat pembantunya.

Bom pertama meletup sejurus Anwar keluar dari perkarangan mahkamah, dan disusuli letupan kedua selang beberapa minit kemudian berhampiran pencawang elektrik, kira-kira 50 meter dari pintu masuk kompleks mahkamah berkenaan.

Letupan terakhir berlaku di pusat penjaja tidak jauh dari lokasi pertama dan kedua.

Pihak polis turut menggunakan khidmat anjing pengesan untuk mencari bahan letupan, namun tidak menjumpai sebarang bahan letupan lain.
Sebarang maklumat berkaitan insiden pengeboman tersebut hendaklah disalurkan kepada DSP Yahya Abd Rahman di talian 019-470 8947 atau Bilik Gerakan IPK KL di talian 03-2146 0584/0585 atau Bilik Gerakan Bukit Aman di talian 03-2031 9999 / 03-2266 3444 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Menurutnya lagi, "letupan bom berkenaan dilakukan oleh mereka yang mempunyai kepakaran tentang bahan letupan."... PAKAR??? kenapa sebelum ini dalam setiap demonstasi aman PR seperti BERSIH, PSSMI tiada letupan...??? fikir-fikirkanlah

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular