BN DEDAH PELAJAR IPT DENGAN DOSA RIBA'
Akibat meletakkan tarikh luput yang singkat dan keperluan mem'potostat' buku rujukan lebih murah berbanding dari membeli buku baru maka terdapat segelintir pelajar yang menjual baucar pada harga diskaun di internet....
Namun, tindakan menjual Baucar Buku 1Malaysia pada harga diskaun ini adalah sejenis transaksi riba al-fadhl iaitu menjual RM200 pada harga yg tidak setara. Ia menyamai transaksi sukuk al-badai (kupon komoditi/ makanan) yang disebut di dalam kitab al-Muwatta yang dilakukan oleh manusia pada zaman khalifah Marwan.
Tahniah kepada kerajaan BN kerana telah mendedah para pelajar kita dengan dosa-dosa riba'.
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
salam,
BalasPadamlol,BN bagi benda tu suruh pelajar beli buku,belajar bukan suruh jual,bukan suruh buat jual beli tapi dah pelajar tu pergi jual,bukan salah BN,salah pelajar tu la...
maaf kasar
tapi saya memang tak setuju dengan post ini..
Orang cipta pisau suruh potong bawang,daging,tapi pengguna pisau guna untuk potong leher manusia,salah pencipta pisau ka?
agaknya apa hukum kalau duit RM500 tu..ada yang beli dadah atau arak...berdosa juga ke BN?
BalasPadam