BN AKAN SEDIA PENTAS UNTUK HASAN ALI... ELOK LE TU...

KUALA LANGAT - Parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta menyediakan ruang dan platform kepada bekas Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hasan Ali untuk berceramah di Selangor bagi membolehkannya mendedahkan hakikat sebenar yang berlaku dalam Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, parti komponen BN tidak perlu gentar untuk menjemput bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu, kerana beliau bukan lagi ahli mana-mana parti pembangkang.

"Hasan dipecat daripada Pas, maka beliau kini bebas untuk berceramah di mana-mana sahaja dan UMNO mengalu-alukan jika beliau ingin turun ke Kuala Langat.

"Apa yang pasti, beliau akan berceramah atas tiket pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya ahli parti pembangkang," katanya.

... ok le tue... sekurang-kurangnya ada orang yang nak bela dia....

Ulasan

  1. eloklah jadi barua umno barulah kita tahu akan hinanya hasanali

    BalasPadam
  2. parti komponen bn tu sapa? mca, gerakan,mic,ppp? parti2 ni nak jemput hassan ali, kAH, KAH, KAH.Lu jgn mimpi siang, mereka akan benam HA hingga keperut bumi.ohh lupa, ada, ada. parti kimma atau serpihan nya desma, mereka ni parti dan dewan MAMAK TONGKANG sedang perjuangkan dan buat apa saja utk meraih simpati umporno utk diiktiraf dlm i.c sebagai melayu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular