UMNO SUDAH TAKUT... JADIKAN DAP 'PUNCHING BAG'...

PAS hari ini menggesa Umno supaya berhenti daripada menggunakan taktik politik kotor dengan menjadikan DAP sebagai “punching bag” dalam usaha menarik sokongan orang Melayu dalam pilihan raya umum ke-13.


Pada masa yang sama , parti Islam itu menasihatkan orang Melayu supaya tidak terpedaya dengan strategi Umno itu memandangkan punca kepada segala masalah dan isu dialami mereka selama bukan disebabkan DAP, tetapi parti teras BN tersebut sendiri.

“Jadi, saya minta Umno berhentilah daripada menjadikan DAP sebagai ‘punching bag’... menjadikan DAP sebagai sasaran dalam perhimpunan agung mereka baru-baru ini. Ini bagi saya satu politik yang paling kotor,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) pada sidang media di sini hari ini dengan merujuk kepada ucapan-ucapan pemimpin kanan Umno dan juga perwakilan mereka.

Antara lain pemimpin dan perwakilan Umno mendakwa DAP memperkudakan PAS selain mahu menjadi Malaysia negara radikal.

Kata Mahfuz, jika orang Melayu kehilangan ekuiti sekitar RM52 bilion di bawah pemerintah Umno-BN, ia bukan disebabkan oleh DAP.

“Ucapan-ucapan presiden dan timbalan presiden Umno menunjukkan Umno bermasalah, Umno menghadapi masalah dalaman... masalah mendapatkan sokongan daripada pengundi termasuk daripada kalangan pengundi Melayu sendiri,” katanya lagi.

Ulasan

Catatan Popular