UMNO NAMPAK GELISAH SEMACAM : DR ASRI

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Umno, parti teras Barisan Nasional (BN) selain kelihatan dijangkiti “satu kegelisahan” masih gagal membawa harapan baru yang jelas bagi rakyat menjelang pilihan raya umum, kata Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


Asri yang berada di ibu negara sebagai tetamu Perhimpunan Agung Umno 2011 berkata, Umno perlu menyediakan satu harapan yang jelas ataupun satu harapan lebih baik berbanding sekarang jika mahu memikat pengundi dalam pilihan raya umum ke-13.

“Berdasarkan pemerhatian saya di sini sejak beberapa hari ini , saya nampak Umno belum dapat memberi satu harapan atau memberi harapan yang lebih baik berbanding sekarang.

“Bermakna, Umno kerana memberi harapan baru yang jelas, satu harapan yang orang kata sebagai ‘kunci pengikat’ mengikut zaman, tempat dan generasi semasa. Harapan generasi sekarang berbeza dengan generasi masa lalu, mereka tidak boleh ditarik dengan diberikan wang tunai, ganjaran tetapi lebih daripada itu,” katanya.

Umno masih belum gagal memahami masih kebanyakan rakyat memerlukan perikatan tersebut, tetapi tidak pandai memikat mereka.

“Ramai pengundi atau rakyat menyokong pembangkang bukan kerana mereka suka pada pembangkang, tetapi membenci Umno. Mengapa mereka membenci Umno? Ini fenomena yang Umno kena faham daripada mengecam habis-habisan pembangkang.

“Kalau dia (perwakilan Umno) pergi menghentam pembangkang, belum tentu boleh dapatkan balik undi dan sokongan mereka,” katanya yang dilihat pada ucapan pemimpin dan perwakilan semalam.

Aspek ketiga, menurut Asri ialah, kelemahan pemimpin-pemimpin menggunakan ruang perhimpunan untuk menyampaikan mesej kepada rakyat.

“Perwakilan kena faham bahawa ucapan mereka bukan setakat didengar oleh ahli-ahli Umno, tetapi juga keseluruhan rakyat.

“Walaupun tidak semua rakyat mendengar ucapan mereka secara langsung, tetapi mesej mereka diikuti oleh rakyat di seluruh negara, tetapi mereka masih bercakap di kalangan ahli dan perwakilan Umno sahaja. Ini kelemahan mereka yang ketiga,” kata Asri menambah, pemimpin-pemimpin Umno gagal menggunakan peluang, misalnya dengan adanya siaran langsung majlis perasmian dan penggulungan menerusi televisyen pro-Umno, yang tidak dinikmati oleh mana-mana parti lain.

Ulasan

Catatan Popular