5 Dis 2011

SOI LEK HINA HUDUD... APA TINDAKAN HJ NAJIB???
abu nu'man5 Dis 2011 3 Komentar

Sekali lagi Chua Soi Lek menghina hukuman hudud apabila berkata pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara berhadapan dengan ‘kemusnahan diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.


Beliau melahirkan pandangan terbaru ini ketika polemik mengenai sistem perundangan Islam itu masih berterusan. Dua bulan lalu ketika kepimpinan PAS merayu kepada umum agar diberi peluang untuk melaksanakan hudud di Kelantan sebagai percubaan, Umno pula berkata kini bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

Dr Chua berkata sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa.

“Apabila rekod hak asasi kita tidak baik dan hukuman pula dianggap sebagai kejam, kedudukan global Malaysia akan merosot.

“Maka kita akan ada kesukaran untuk menarik pelaburan, malah pelabur-pelabur sedia ada juga kemungkinan keluar,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan forum mengenai hudud di Wisma MCA di sini.

Jadi apakah tindakan Umno selaku pemimpin negara apabila pemimpin parti komponennya menghina pelaksanaan hukuman hudud di Malaysia??? Apa tindakan Perkasa???
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

3 ulasan:

  1. Salam. Inilah orang bukan Islam, ada peluang mereka cakap apa yg ada dalam hati. Cara cakap sama dengan tidak mahu negara Islam.

    Kita kena bijak untuk gerakkan ke arah Budyatun tayyibah

    BalasPadam
  2. najib bukan ada teloq nak apa2kan soi lek

    BalasPadam
  3. UMporNO mampossssssssssssssssssssssss6 Disember 2011 6:15 PTG

    UMporNO punya skrip babi tu cakap je bkn phm pn...

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.