SHAHRIZAT 'LIABILITI' UMNO : PERWAKILAN WANITA

Beberapa pemimpin Wanita Umno mengakui bahawa Shahrizat sudah menjadi “liabiliti” kepada parti tersebut dan beliau keluar sebelum skandal NFC “menghancurkan kami semua.”


Bagaimanapun menurut mereka, kebanyakan perwakilan akan merasa “amat takut” untuk bercakap mengenai ketua mereka bimbang boleh hilang jawatan dalam parti.

“Beliau (Shahrizat) menggunakan Wanita Umno untuk melindungi beliau tetapi isu (NFC) bukan isu Wanita (Umno) tetapi adalah bersifat peribadi melibatkan beliau dan keluarganya.

“Sebagai ahli Wanita Umno, saya sangat kecewa. Ramai daripada kami kecewa. Mengapa mengheret kami ke dalam isu ini?” kata seorang perwakilan Wanita Umno dari Perak.

Perwakilan itu menambah beliau sebenarnya terus duduk apabila lautan perwakilan bangun memberi tempukan kepada Shahrizat ketika berucap menutup persidangan.

Katanya, Shahrizat sepatutnya menjelaskan isu berkenaan kepada perwakilan berbanding memikat sokongan dengan hanya mendakwa skandal itu adalah taktik pembangkang mahu melemahkan Wanita Umno.

“Jangan lupa, orang yang pertama mendedahkan isu mengenai kelemahan NFC ialah Ketua Audit Negara, bukannya pembangkang. Jangan mengapa menyerang pembangkang untuk menutup kelemahan kita sendiri,” kata beliau lagi.

Ulasan

  1. Ko rang tak paham2 kah? Kan dia dah kata..."Anak2 dan suami dia bekerja keras untuk projek tsb" Apa lagi nak diheboh2 sangat? Ko rang dengki ker kat dia? apasal ko rang tak mintak projek FIDLOT tu awal2 lagi? Bila orang lain dapat ko rang "dengki" pasal apa??

    BalasPadam
  2. Kami tak pernah dengki, kerajaan kena lah adil.Bantulah pada yang memerlukan. Saya penternak tulin dah mengusahakan penternakan dah hampir lima tahun, satu sen haram kerajaan tak bantu, baik kerajaan BN mau pun kerajaan PR. Saya terkial kial mencari wang untuk ternakan saya sebanyak 150 ekor. Dah jumpa tekun tak dapat, jumpa jpv tak dpt, jumpa agro bank cekik darah, jumpa exco pertanian selangor dia membisu seribu bahasa, jumpa penyelaras DUN, senyap juga. Tiba2 kerajaan bagi pada yang bukan ahli penternak 250 juta siapa tak bengang, cer citer, cer citer

    BalasPadam
  3. kami x bengang...bagi lah lg 1b ke 10b ke...x kisah sbb duit tu keluarga korang yg punya kan...keluarga korang yg usahakan kan...inilah kebodohan menyokong membuta tuli...kena tipu pun sokong...kena belit pun sokong...diperbodohkan pun sokong...duit rakyat (kita) kena sapu pun sokong...elok bg jer harta pusaka korang pd diaorng ni utk dijual...pastu sokong lg...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular