SEMUA YANG TERLIBAT DENGAN NFC WAJIB BERUNDUR!!!

PAS hari ini mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang menganugerahkan projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil wajar meletakkan jawatan kerana ‘lebih bersalah’ dari segi pentadbiran kerajaan dan patut memikul tanggungjawab sebagai anggota Kabinet.


Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kesemua pihak termasuk Muhyiddin harus tampil menerima tanggungjawab dalam isu kontroversi NFC.

“Ya, keluarga Shahrizat menerima dan tidak mengendalikan projek tersebut dengan baik, bahkan terdapat unsur-unsur penyalahgunaan dana wang rakyat.

“... akan tetapi siapa yang meluluskan projek sebesar RM250 juta kepada orang yang tidak berpengalaman dan tidak layak mengendalikannya sepatutnya mendapat hukuman yang lebih berat,” kata beliau.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Tuan Ibrahim berkata, adalah tidak adil untuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersifat pilih kasih dalam menyerang Shahrizat dengan menyuruhnya ‘untuk berundur sebelum beliau diundurkan’ tapi tidak pada Muhyiddin yang kini merupakan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.

Gesaan agar Shahrizat, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meletakkan jawatan semakin meningkat.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas apa-apa termasuk saranan Dr Mahathir Jumaat lalu.

Ulasan

Catatan Popular