PROF. AZIZ TOLAK LAMARAN PAS?
Prof Dr Aziz Bari dipelawa Dewan Pemuda PAS Pusat Malaysia (DPMM) untuk menyertai parti berkenaan bagi meneruskan perjuangannya sebagai Pakar Perlembagaan dan Undang-undang negara.

“Kami mengalu-alukan penyertaan beliau ke dalam parti sebagai ahli politik bagi membetulkan sistem negara kerana parti amat memerlukan pengalaman dan ilmunya yang luas dalam bidang perundangan.
“PAS yakin penyertaan Aziz (gambar) akan dapat memberikan manfaat yang baik kerana ilmu yang telah di ajarnya selama ini akan diterjemahkan di dalam membentuk sebuah negara mengikut lunas undang-undang yang sebenar,” katanya.Menurut Raja Ahmad, perjuangan Aziz dalam memelihara Perlembagaan negara akan akan terus berkembang di bawah PAS.
“Kami yakin dengan displin ilmu yang selama ini diamalkannya akan terus terpelihara kerana Aziz bukan sahaja mengajar malah turut menggubal perundangan itu sendiri,” tambahnya.
Jelasnya lagi, PAS yakin penyertaan Aziz akan memantapkan lagi cita-cita mereka untuk melaksanakan Islam di negara ini.
“Kami masih menunggu keputusan beliau, malah kami tetap menghormati Aziz sebagai seorang yang berpegang teguh dengan pendiriannya,” katanya lagi.
... harapnya Prof. menjadikan PAS wadah politiknya....
Ulasan
Catat Ulasan