PKR AKAN LETAK LEBIH CALON DI SABAH & SARAWAK

PKR berkata ia akan bertanding lebih banyak kerusi peringkat parlimen dalam pilihan raya umum akan datang meskipun berhadapan dengan masalah ramai wakil rakyatnya keluar sebelum ini.

Setiausaha Agungnya Saifuddin Nasution Ismail memberitahu bahawa meskipun perundingan mengenai pembahagian kerusi masih belum selesai, parti itu kemungkinan akan mempunyai sedikit lebih kerusi untuk bertanding di peringkat persekutuan bertanding tiga tahun yang lalu.

“Meskipun perundingan masih dijalankan, bilangan di atas kertas ialah kemungkinan lebih sedikit kerusi yang akan ditandingi oleh PKR.

“Ini ekoran sumbangan kerusi-kerusi Sabah dan Sarawak yang PKR akan bertanding. Kerusi di Semenanjung akan kekal sama bilangan,” kata beliau lagi.

Ahli Parlimen Machang ini berkata perundingan mengenai kerusi peringkat negeri sudah pun berakhir bulan lalu dan kepimpinan pusat Pakatan Rakyat sedang membincangkan dan memuktamadkan isu kerusi dan calon masing-masing.

Sehubungan itu kata beliau, buat masa sekarang ada tiga kategori iaitu kerusi bersih di mana seseorang calon diterima oleh kesemua parti, kerusi disandang sesebuah parti, katakan PKR tetapi DAP menunjukkan minat untuk bertanding.

“Ada juga kes di mana kerusi-kerusi bertindih, di mana sesebuah kerusi dimenangi dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dua atau tiga parti Pakatan telah menunjukkan minat untuk bertanding di kerusi terbabit,” kata Saifuddin.

Katanya, perbincangan berkenaan kerusi dalam Pakatan Rakyat berjalan dengan lancar, tetapi tiada satu tempoh ditetapkan untuk memuktamadkan perkara berkenan.

“Saya optimistik ia boleh diselesaikan dalam waktu terdekat,” kata pemimpin itu.

Ulasan

Catatan Popular